Go
 
Industri Perbankan di Malaysia
Industri perbankan di Malaysia bermula sejak awal 1990an apabila pembangunan ekonomi yang pesat, akibat daripada keuntungan yang baik daripada ladang getah dan industri bijih timah pada masa itu, menyaksikan pembukaan cawangan-cawangan bank asing dan penubuhan bank domestik Malaysia yang pertama – Kwong Yik (Selangor) Banking Corporation (kini Malayan Banking Berhad) pada tahun 1913. 

Sejak itu industri perbankan telah meneruskan pertumbuhan dan perkembangannya yang mantap sehingga akhirnya terdapat keperluan untuk menubuhkan satu badan pengawal untuk mengawal aktiviti dan operasi bank  yang telah bertambah bilangannya di negara ini.  Ini mengakibatkan penubuhan Bank Negara Malaysia (Bank Pusat), satu badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

Perlembagaan, fungsi dan kuasa Bank Negara adalah ditetapkan di Akta Bank Pusat 1958.  Objektif Bank Negara ialah:

•  Menggalakkan kestabilan kewangan dan satu struktur kewangan yang kukuh
•  Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan
•  Mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab, melindungi nilai mata wang
•  Mempengaruhi situasi kredit untuk manfaat negara

Institusi-institusi Kewangan
Institusi-institusi yang diklasifikasikan sebagai institusi kewangan di Malaysia terdiri daripada bank perdagangan, bank saudagar, pejabat perwakilan bank asing, syarikat kewangan dan rumah diskaun.

Berikutan penstrukturan semula dan penggabungan sektor perbankan yang berjaya di Malaysia pada tahun 2003, usaha telah berpindah kepada pembinaan infrastruktur kewangan domestik.  Penggabungan institusi perbankan domestik di seluruh industri telah mengakibatkan 54 institusi perbankan dikurangkan ke sepuluh kumpulan perbankan utama domestik: Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Bumiputra-Commerce Bank, EON Bank, Hong Leong Bank, Malayan Banking, Public Bank, RHB Bank dan Southern Bank.  Bank-bank ini mempunyai subsidiari syarikat kewangan.

Pusingan pertama penggabungan perbankan telah dimulakan oleh kerajaan apabila ia mengenakan satu keperluan permodalan sebanyak RM2 bilion untuk bank.  Fasa kedua penggabungan mulai 2004 mungkin melibatkan penggabungan selanjut bank dan subsidiari syarikat kewangan individu serta juga penggabungan di antara sepuluh kumpulan perbankan itu.

Produk dan Perkhidmatan Perbankan
Evolusi perbankan di Malaysia telah menghasilkan produk dan perkhidmatan perbankan konvensional seperti deposit dan pinjaman/sewa beli, teruskan ke ciri-ciri yang lebih canggih dan maju seperti perbankan telefon, pinjaman melalui telefon, auto bayar, auto debit, ATM serta membeli-belah dan perbankan dalam talian.  Ciri-ciri ini dipermudahkan oleh perkembangan teknologi yang maju yang memberikan pelanggan bank cara dan proses yang lebih senang dan mudah melakukan perbankan harian mereka.

Di samping ciri-ciri dan cara-cara perbankan yang telah diperbaiki, ia juga mengakibatkan pengenalan produk dan perkhidmatan baru seperti kad kredit dan debit, produk pelaburan (insurans dan amanah saham), produk dan perkhidmatan pembiayaan (pembiayaan perdagangan dan saham), kemudahan perdagangan dan kredit, kiriman wang, pinjaman kepada sektor prioriti dan perbankan Islam

Kadar Pinjaman Asas/Kadar Faedah
Kadar Pinjaman Asas (KPA) ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan diperoleh daripada kos dana yang naik turun bergantung kepada keadaan ekonomi negara.  Oleh itu, jika keadaan ekonomi baik, KPA akan lebih tinggi dan sebaliknya, jika keadaan ekonomi tidak baik, KPA akan lebih rendah.

Sejak 1983, kecuali pinjaman khas atau pinjaman sektor prioriti, semua pinjaman yang dicaj oleh bank ialah pada satu margin (biasanya antara 0.75% dan 2%) melebihi KPA.  Margin itu ditentukan oleh bank masing-masing bergantung kepada kos sendiri bank itu dan kebolehpercayaan peminjam itu.  Bank Negara kini menetapkan KPA pada 6%.  Dalam perbankan Islam, KPA dikenali sebagai kadar pembiayaan asas.

Di samping KPA, yang meliputi pinjaman, kadar faedah yang dikenakan oleh bank meliputi semua jenis deposit.  Ada sesetengah bank pun menawarkan akaun semasa dan simpanan bersama yang juga mendapat pendapatan faedah.  Kadar faedah ini ditentukan oleh bank dan cenderung berubah mengikut pembangunan ekonomi negara.  Oleh itu, pada masa yang baik, anda boleh mengharapkan kadar deposit yang lebih tinggi tetapi, akhirnya kadar pinjaman juga akan naik dan sebaliknya.

Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 berkuatkuasa pada 1 Oktober 1989 dan memberi peruntukan bagi pelesenan dan pengawalan institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, syarikat kewangan, perbankan saudagar, rumah diskaun dan pembrokeran wang.  Ia juga memberi peruntukan bagi pengawalan institusi yang menjalankan perniagaan yang dijadualkan yang terdiri daripada sumber kredit dan kewangan yang bukan bank seperti syarikat kad kredit dan caj, persatuan pembinaan, pemfaktoran, syarikat pemajakan dan institusi kewangan pembangunan.

Membuat Aduan Terhadap sebuah Institusi Kewangan
Jika anda mempunyai aduan terhadap institusi kewangan anda, pertamanya harus cuba menyelesaikan aduan anda dengan institusi kewangan yang terlibat sebelum meneruskan ke pihak berkuasa yang lebih tinggi.  Kebanyakan institusi kewangan mempunyai unit aduan dan satu sistem yang sesuai untuk menangani aduan.  Hanya menghubungi unit ini dan nyatakan sifat aduan anda.  Jika ia merupakan perkara yang lebih kompleks, anda harus melengkapkan satu borang aduan standard atau menghantar satu surat aduan rasmi kepada institusi kewangan menyatakan masalah anda dengan jelas.

Jika institusi kewangan anda tidak dapat menyelesaikan aduan anda, anda boleh menulis kepada Biro Pengantaraan Perbankan Bank Negara Malaysia yang mengendalikan pertikaian di antara pelanggan dan institusi kewangan.  Apa yang anda perlu buat ialah menulis surat kepada biro menyatakan aduan anda dan bahawa anda dapat menyelesaikannya dengan bank anda.  Anda juga akan dikehendaki melengkapkan satu borang standard membenarkan bank anda mendedahkan kepada biro sebarang maklumat mengenai anda yang diperlukan untuk tujuan menyiasat aduan anda.

Biro Pengantaraan Perbankan mengendalikan aduan berkaitan dengan pengecajan fi, faedah atau penalti yang berlebihan, pengiklanan yang mengelirukan, pengeluaran ATM yang tidak sah, penggunaan kad kredit yang tidak sah, amalan mengambil tindakan terhadap penjamin yang tidak adil.

Selepas menerima aduan rasmi anda, biro itu akan menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh dan lihat cara yang terbaik untuk menyelesaikan aduan anda.  Ia akan bercakap dengan anda dan pegawai di bank anda sebelum membuat keputusan berasaskan pencariannya.  Jika anda memilih untuk menerima keputusan ini perkara itu dianggap telah diselesaikan.  Akan tetapi, jika anda memilih untuk menolak keputusan itu, rekursa tunggal anda yang lain ialah merupakan proses kehakiman di mana anda boleh meneruskan dengan mengambil tindakan perundangan terhadap bank anda.

Balik ke Atas
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English