 |
|
|
Kemudahan
Sekiranya anda mempunyai satu akaun semasa, anda boleh menulis cek untuk membayar bil tanpa perlu pergi ke institusi kewangan atau pejabat pos untuk membeli pesanan wang atau cek juruwang. Anda juga boleh memperuntukkan beberapa amaun untuk bil yang berulang (seperti sewa atau ansuran rumah atau bayaran kereta) untuk dikeluarkan (didebitkan) secara automatik daripada akaun anda, supaya anda tidak perlu menulis cek untuk kesemua itu.
Anda juga boleh mempunyai kad ATM yang dikaitkan kepada akaun anda yang boleh anda gunakan untuk pengeluaran tunai. Kad ATM anda mungkin juga mempunyai satu fungsi debit yang membenarkan anda menggunakannya juga untuk pembelian di tempat jualan di kedai saudagar itu.
Bacakan lebih banyak
Kad Debit
|
|
Penyimpanan Rekod
Bank mungkin menghantar anda satu penyata bulanan yang mudah dibaca yang menerangkan semua transaksi yang dibuat terhadap akaun anda, sama ada dalam cek atau bayaran berkala automatik.
|
Menyimpan Wang
CAkaun semasa lazimnya memerlukan anda membayar fi yang tertentu sebulan. Sesetengah institusi kewangan menawarkan cek percuma manakala yang lain menawarkannya dengan percuma jika satu baki yang minimum dikekalkan. Walau dengan fi pun, ini lebih murah daripada membayar untuk setiap pesananwang atau cek juruwang.
|
Mencari sana sini untuk membuka Akaun Semasa
Terdapat banyak perbezaan antara institusi kewangan dan perkhidmatan yang ditawarkan mereka, termasuk perkara spesifik tentang akaun semasa. Di sini ialah beberapa perkara untuk diambil kira sebelum membuka satu akaun semasa.
|
Lokasi
• Ketersediaan ATM
• Pejabat cawangan
• Jam beroperasi |
Faedah
• Kadar yang diperoleh, jika ada
• Keperluan deposit minimum
• Cara pengkompaunan |
| |
|
| |
|
Fi bulanan (keperluan baki minimum)
• Fi sekeping cek
• Fi pertanyaan baki
• Fi ATM
|
Batasan
• Baki minimum
• Insurans deposit
• Tempoh pemegangan untuk cekn yang didepositkan |
| |
|
| |
|
Caj-caj Lain
• Caj overdraf
• Fi henti bayar
• Fi cek disahkan |
Ciri-ciri Khas
• Deposit langsung
• Pembayaran automatik
• Perlindungan overdraf
• Perbankan dalam talian
• Diskaun atau akaun semasa percuma untuk pelajar, warga tua atau syarikat-syarikat tertentu
|
Cek “Tak Laku”
Apabila anda mengeluarkan satu cek di mana amaun cek itu melebihi amaun yang anda ada dalam akaun semasa anda atau apabila anda mengeluarkan satu cek daripada satu akaun yang telah ditutup, ia diklasifikasikan sebagai cek “tak laku”.
Di Malaysia, seorang pemegang akaun yang mengeluarkan tiga cek “tak laku” dalam tempoh 12 bulan tidak akan dibenarkan mengoperasikan satu akaun semasa di antara enam hingga 24 bulan bergantung kepada keterukan kesalahan itu. Ini dikenali sebagai tempoh larangan yang merupakan enam bulan bagi pesalah yang pertama.
Pada akhir tempoh larangan itu, anda akan tertakluk kepada tempoh percubaan, biasanya di antara dua dan tiga tahun yang bermula serta merta selepas tempoh larangan. Jika anda mengeluarkan satu lagi cek “tak laku” semasa tempoh percubaan itu, ia akan mengakibatkan tempoh larangan anda dilanjutkan ke 24 bulan jika anda terus mengeluarkan cek-cek “tak laku”.
|
|