Deposit Tetap
Deposit tetap atau deposit bertempoh ialah satu akaun deposit yang membayar faedah berkadar tetap untuk satu tempoh tetap, biasanya dari 30 hari hingga setahun atau lebih.  Anda tidak boleh mengeluarkan dana sebelum kematangan tanpa memberi notis terdahulu, dan pengeluaran awal mungkin mengakibatkan kerugian faedah separa.  Apabila deposit tetap anda matang, bank anda mungkin secara automatik memperbaharuinya bersama dengan faedah yang diperoleh, atau secara alternatif, anda boleh memindahnya kepada akaun lain anda atau mengeluarkan dana itu.

Faedah
Di Malaysia, faedah yang diperoleh dalam akaun tetap juga berubah bergantung kepada amaun yang didepositkan, tempoh masa dan berbeza dari bank ke bank.
Biasanya, kadar faedah tahunan adalah dalam lingkungan 3% untuk deposit satu bulan dan meningkat ke lebih kurang 3.5% untuk deposit 60 bulan.  Adalah dinasihatkan untuk anda menyemak dengan bank anda tentang kadar faedah terbaru yang digunakan.


Balik ke Atas  |  Next (Akaun Semasa)