|
Anda mungkin tidak sedar bahawa anda memiliki kad debit. Ada bank yang mungkin menggantikan kad ATM piawai mereka dengan kad ATM yang dinaiktarafkan dengan ciri-ciri debit. Ini bermakna anda boleh menggunakan kad debit anda bukan sahaja untuk pengeluaran tunai di ATM, tetapi juga melakukan pembelian di mana-mana saudagar yang mempamerkan nama jenama atau logo kad anda.
|