Debit lawan kredit
Ini ialah perbezaan antara ‘debit’ dan ‘kredit’.  Debit bererti ‘menolak’.  Apabila anda menggunakan kad debit, anda sedang menolak wang daripada akaun bank anda sendiri.  Kad debit membenarkan anda membelanja apa yang hanya terdapat dalam akaun bank anda.  Ia merupakan transaksi cepat antara saudagar dengan akaun bank peribadi anda.

Kredit ialah wang yang dijadikan sedia ada kepada anda oleh bank atau institusi kewangan, seperti pinjaman.  Amaun yang pengeluar anda membenarkan anda mengguna ditentukan oleh sejarah kredit anda, pendapatan, hutang dan kebolehan untuk membayar.  Anda mungkin menggunakan kredit dengan pemahaman bahawa anda mesti membayar balik caj-caj, tambah dengan faedah, jika anda tidak membayar amaun penuh setiap bulan.  Anda akan menerima satu penyata bulanan yang memberi butir-butir caj dan keperluan bayaran anda.

Balik ke Atas | Next ( Apa yang perlu anda ketahui tentang kad debit )