Menggunakan kad debit di tempat jualan

PIN
Anda perlu memasukkan PIN anda pada masa jualan.  Kad-kad debit yang berdasarkan PIN ini hanya boleh digunakan dengan saudagar yang dibekalkan dengan pangkalan pemprosesan kad dalam talian yang dipasang dengan alat yang istimewa untuk memasukkan PIN anda.

Tandatangan
Anda menandatangani satu resit untuk pembelian itu, sebagaimana anda akan lakukan dengan kad kredit.  Kad debit tandatangan boleh digunakan di saudagar yang mempunyai kedua-dua pangkalan pemprosesan kad dalam talian dan pangkalan luar talian.

Ada kad debit yang direka bentuk untuk berfungsi dengan satu PIN sahaja, yang lain boleh digunakan dengan satu PIN atau tandatangan.  Kad yang boleh berfungsi dengan kaedah tandatangan lazim mungkin menawarkan lebih banyak kefleksibelan, terutamanya apabila berurusan dengan saudagar yang tidak mempunyai alat yang diperlukan untuk memproses transaksi PIN.  Semak dengan institusi kewangan tempatan anda apa jenis kad debit yang ditawarkan.

Dalam mana-mana kes, dana ditolak terus secara automatik daripada akaun anda.
Untuk kedua-dua jenis kad debit, anda akan memerlukan PIN untuk pengeluaran tunai di ATM.  Bank anda mungkin akan memberikan satu kepada anda apabila kad anda dikeluarkan.


Balik ke Atas | Next (Sebelum menggunakan kad debit…)