Tujuh petua untuk menggunakan kad debit dengan bertanggungjawab

  1. Jika kad anda hilang atau dicuri, laporkan kehilangan dengan segera kepada institusi kewangan anda.

  2. Jika anda mengesyaki kad anda diguna secara penipuan, laporkan ini dengan serta-merta kepada institusi kewangan anda.

  3. Ambil resit anda.  Jangan meninggalkannya untuk dilihat orang lain.
    Nombor akaun anda mungkin segala yang perlu dilihat oleh seseorang untuk memesan barang melalui pos, dalam talian atau melalui telefon atas tanggungan anda.

  4. Sekiranya anda mempunyai satu nombor PIN, hafalkanya.  Jangan menyimpan nombor PIN anda dengan kad anda.  Juga, jangan memilih nombor PIN yang boleh diduga oleh pencuri, seperti nombor telefon atau tarikh hari jadi.

  5. Jangan memberi nombor PIN anda kepada sesiapa pun.  Kekalkan PIN anda dengan sulit.

  6. Sentiasa mengetahui berapa wang yang anda miliki dalam akaun anda.
    Sekiranya kad debit anda dikaitkan kepada akaun semasa anda, jangan lupa untuk mengambil kira wang yang telah anda peruntukkan untuk menanggung cek yang belum dijelaskan oleh bank anda.

  7. Sekiranya kad debit anda dikaitkan kepada akaun semasa anda, tolakkan debit dan sebarang fi transaksi daripada baki dalam daftaran cek anda dengan segera.  Simpankan penyata dan resit dalam sesuatu tempat kalau-kalau anda memerlukannya kemudian.

Balik ke Atas | Next ( Sekiranya anda kehilangan kad debit anda )