Go
 
Perbankan Elektronik
Transaksi Kewangan Melalui Perbankan Elektronik
Deposit Langsung
Pendapatan (atau pembayaran kerajaan) didepositkan secara automatik ke dalam akaun bank, menjimatkan masa, usaha dan wang.

Pembayaran Automatik
Syarikat-syarikat utiliti, pembayaran pinjaman, dan perniagaan lain menggunakan satu sistem pembayaran automatik di mana bil dibayar melalui debit langsung atau pengeluaran daripada satu akaun bank.

Mesin Teler Automatik
Membenarkan pelanggan mendapatkan wang tunai dan melakukan transaksi perbankan, sesetengah ATM menjual pas bas, sijil hadiah, dsb.
Transaksi di tempat jualan
Penerimaan ATM, kad debit dan kredit di stor runcit serta restoran untuk pembayaran untuk barang dan perkhidmatan.

Kad menyetorkan nilai
Kad prabayar untuk perkhidmatan telefon tetap/mobil, tambang transit, tol lebuhraya, perkhidmatan dobi atau fi perpustakaan, dsb.

Tunai Elektronik
Syarikat-syarikat mengembangkan replika elektronik semua sistem pembayaran yang sedia ada, tunai, cek, kad kredit dan syiling.

Perbankan siber
Perbankan melalui perkhidmatan dalam talian.  Bank dengan cawangan ‘siber’ laman web membenarkan pelanggan menyemak baki, membayar bil, memindah dana, membandingkan rancangan simpanan, menukar hadiah dan memohon pinjaman di internet.

Membuatkan Perbankan Siber Selamat
Institusi-institusi perbankan telah membelanjakan banyak masa dan wang untuk memastikan keselamatan perbankan siber.  Walau bagaimanapun, masih terdapat kejadian menggangu laman web perbankan untuk mencuri maklumat pelanggan untuk kegunaan tidak sah setakat kepalsuan dan spam yang berasaskan penipuan merupakan ancaman yang bertambah dengan cepat di Internet.

Bank Negara telah mengeluarkan garis panduan minimum kepada institusi perbankan untuk menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan bagi memastikan kebolehpercayaan sistem keselamatan mereka.  Ini termasuk penggunaan beberapa teknologi seperti enkripsi, tembok api, log keluar automatik dan pemasangan satu sistem yang boleh mengesan dan menghilangkan keupayaan serangan daripada hacker.

Sesetengah bank sedang merancang meningkatkan keselamatan dengan beralih daripada protokol penulenan yang berasaskan kata laluan kepada sijil digital (juga dikenali sijil pelayar atau ID digital) dan tandatangan digital.  Anda juga boleh mengambil langkah untuk memastikan perlindungan maklumat peribadi anda seperti menyimpan ID log masuk, kata laluan atau PIN anda sulit, menukar kata laluan atau PIN anda seringkali serta menyemak silang sejarah transaksi anda dengan butir-butir penyata anda untuk memastikan bahawa semua transaksi yang dicatatkan adalah yang anda benarkan.

Perbankan Telefon
Perkhidmatan perbankan telefon membenarkan pelanggan melakukan transaksi perbankan mereka dari mana-mana telefon sentuh-nada di sekeliling dunia, pada bila-bila masa.  Pelanggan boleh menyemak baki akaun, membayar bil kad kredit, membuat pembayaran pihak ketiga seperti perintah juruwang, draf permintaan atau pemindahan bertelegraf, memberhentikan pembayaran cek atau membuka akaun deposit tetap baru.

Balik ke Atas
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English