Go
 
Perkhidmatan Perbankan
Dengan akaun bank, anda bukan sahaja boleh deposit, simpan dan tumbuhkan wang anda, tetapi juga melakukan pembayaran.

Kad debit, cek, pembayaran automatik, perbankan siber dan telefon kesemuanya membenarkan anda membuat bayaran dan melaksanakan transaksi kewangan secara terus daripada akaun bank anda tanpa kesulitan menguruskan wang tunai.
Jenis-jenis Akaun Bank
Tahukah anda perbezaan antara akaun cek dan akaun simpanan? Dapatkan maklumat lanjut di bahagian ini.
Kad-kad Debit
Kad kredit menawarkan cara untuk “membayar kemudian”, sedangkan kad debit membolehkan anda “membayar sekarang”. Apabila anda menggunakan kad debit untuk membuat bayaran, wang anda dipotong serta-merta daripada akaun bank anda.
Perbankan Elektronik
Fahami pelbagai kaedah perbankan elektronik untuk mencari satu kaedah yang memenuhi keperluan anda.
Industri Perbankan di Malaysia
Industri perbankan di Malaysia diasaskan pada awal 1900-an apabila perkembangan ekonomi pantas berlaku hasil keuntungan besar yang diperolehi oleh ladang getah dan industri bijih timah, menyaksikan pembukaan cawangan bank asing dan penubuhan bank tempatan pertama Malaysia – Kwong Yik (Selangor) Banking Corporation (kini Malayan Banking Berhad) pada 1913.
Perbankan Islam
Perbankan Islam, pada mulanya berkembang sebagai sejenis pengantaraan kewangan untuk komuniti Islam untuk menjalankan perniagaan mengikut rukun Islam. Hari ini, perbankan Islam telah diterima dengan luasnya di seluruh dunia di kalangan komuniti bukan Islam dan telah menjadi satu komponen yang penting untuk sistem kewangan sedunia. Ciri yang penting untuk perbankan Islam ialah bahawa ia adalah tanpa faedah
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English