|
|
 |
 |
Perbankan Islam, pada mulanya berkembang sebagai sejenis pengantaraan kewangan untuk komuniti Islam untuk menjalankan perniagaan mengikut rukun Islam. Hari ini, perbankan Islam telah diterima dengan luasnya di seluruh dunia di kalangan komuniti bukan Islam dan telah menjadi satu komponen yang penting untuk sistem kewangan sedunia. Ciri yang penting untuk perbankan Islam ialah bahawa ia adalah tanpa faedah.
Perbankan Islam bermula di Malaysia pada tahun 1983 dengan penubuhan bank Islam pertama, Bank Islam Malaysia Berhad, pada tahun yang sama. Bank Islam kedua yang berdedikasi, Bank Muamalat Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1999. Kini, Malaysia mempunyai satu sistem kewangan Islam yang komprehensif yang termasuk perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam dan pasaran wang Islam.
|
|
Di samping itu, sejak 1993, institusi kewangan di negara ini telah dibenarkan menawarkan perbankan produk dan perkhidmatan Islam di bawah Skim Perbankan Islam. Walau bagaimanapun, institusi-institusi ini mesti menyimpan dana yang berasingan untuk transaksi perbankan Islam dan yang lain untuk perbankan konvensional.
Semua bank yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam mesti mempamerkan logo perbankan Islam dan dikawal oleh Akta Perbankan Islam 1983. Akta ini dibentuk mengikut Akta Perbankan 1973 pada masa itu tetapi dengan pengubahsuaian supaya bank-bank Islam mematuhi prinsip Islam.
Bank Negara sedang meningkatkan usahanya untuk memastikan negara mencapai golnya untuk menjadi pusat kewangan Islam serantau menjelang tahun 2010. Selaras dengan ini, Bank Negara akan mengeluarkan sehingga tiga lesen perbankan Islam baru kepada pemain-pemain asing yang berkelayakan. Ini akan membawa ke hadapan liberalisasi industri perbankan Islam ke tahun 2004 berhubung dengan pengeluaran lesen baru, tiga tahun lebih awal daripada yang dijangkakan.
Perbankan Islam ialah pengendalian perbankan berasaskan prinsip-prinsip Syariah (peraturan Islam mengenai transaksi) dan tidak membenarkan pembayaran dan penerimaan faedah sementara menggalakkan perkongsian keuntungan. Ia mempunyai tujuan yang tepat sama dengan perbankan konvensional kecuali bahawa ia beroperasi di bawah peraturan Syariah, undang-undang Islam yang meliputi tiap-tiap aspek kehidupan berasaskan Quran yang suci itu.
Bank-bank dan institusi-institusi kewangan Islam yang menawarkan produk perbankan dikehendaki menubuhkan satu jawatankuasa penasihat Syariah untuk menasihatkan mereka mengenai peraturan Syariah dan memastikan bahawa mereka beroperasi mengikut prinsip-prinsip Syariah.

Wadiah (Penyimpanan selamat)
Dalam Wadiah, sebuah bank dianggap sebagai penyimpan dan pemegang amanah dana. Anda mendeposit dana anda di bank dan bank itu menjamin pembayaran balik seluruh amaun atau mana-mana bahagian daripada amaun apabila anda menuntutnya. Bank mungkin juga memberikan ganjaran kepada anda dengan ‘hibah’ (hadiah) sebagai penghargaan kerana membenarkan bank menggunakan dana anda yang telah didepositkan. Di bawah perbankan konvensional, Wadiah boleh digunakan untuk akaun simpanan dan semasa manakala hibah ialah faedah yang diperolehi dari akaun-akaun ini.
Mudharabah (Berkongsi untung)
Mudharabah ialah satu perjanjian antara anda dan bank di mana bank membenarkan anda menggunakan dananya untuk aktiviti perniagaan anda. Jika terdapat sebarang untung daripada usahasama ini, ia akan dikongsi dengan bank dan apa-apa kerugian akan ditanggung oleh anda. Di bawah perbankan konvensional, Mudharabah boleh digunakan untuk akaun simpanan, semasa dan pelaburan dan juga instrumen deposit serta pembiayaan saham dan amanah saham.
Musyarakah (Usaha Bersama)
Musyarakah ialah satu persetujuan usaha bersama di antara anda dan bank di mana keuntungan dan kerugian kedua-duanya dikongsi mengikut syarat persetujuan. Di bawah perbankan konvensional, ia digunakan untuk pembiayaan saham atau amanah saham dan surat kredit.
Murabahah (Tambahan Kos)
Murabahah merupakan penjualan barang pada harga yang dipersetujui dan pada margin untung yang dipersetujui di antara bank dan anda. Di bawah perbankan konvensional, ia digunakan untuk kemudahan barisan tunai, pembiayaan modal kerja, surat kredit dan bil yang diterima.
Bai’ Bithaman Ajil (Jualan Pembayaran Tertunda)
Ini ialah penjualan barang secara pembayaran tertunda pada harga yang termasuk margin untung yang telah dipersetujui oleh bank dan anda. Di bawah perbankan konvensional, Bai’ Bithaman Ajil digunakan untuk sijil hutang boleh runding, pembiayaan rumah atau harta, pembiayaan saham atau amanah saham, Umrah (penziarahan orang Islam ke Mekkah) dan pembiayaan lawatan.
Wakalah (Agensi)
Wakalah ialah apabila anda melantik bank untuk menjalankan transaksi bagi pihak anda seperti bank bertindak untuk anda apabila mengeluarkan surat kredit dalam pembiayaan dagangan.
Qardhul Hassan (Pinjaman Ihsan)
Qardhul Hassan ialah apabila bank memberikan anda pinjaman yang berasaskan kepada muhibah dan anda hanya diperlukan membayar amaun yang dipinjam. Walau bagaimanapun, anda boleh dengan budi bicara anda membayar lebih kepada bank anda sebagi tanda penghargaan.
Ijarah Thumma Al Bai’ (Sewa Beli)
Terdapat dua kontrak di bawah prinsip sewa beli ini. Yang pertama ialah kontrak ljarah (pemajakan/penyewaan) apabila anda menandatangani satu persetujuan dengan bank anda untuk memajak kereta daripada bank pada sewa dan tempoh masa yang dipersetujui. Apabila tempoh pemajakan tamat, kontrak Bai’ (pembelian) itu berkuatkuasa yang membolehkan anda membeli kereta itu pada harga yang dipersetujui.
Bai’ al-Inah (Persetujuan Jual dan Beli Balik)
Prinsip ini untuk kad kredit dan berlaku apabila bank anda menjualkan anda satu aset secara pembayaran tertunda dan kemudian aset itu dibeli balik dengan segera oleh bank itu secara tunai dengan diskaun.
Hibah (Hadiah)
Satu token yang diberikan sebagai balasan untuk pinjaman yang diterima atau manfaat yang didapatkan.
Ijr (Fi)
Semua perkhidmatan perbankan yang lain adalah berasaskan kepada prinsip Ijr yang merupakan perkhidmatan berasaskan fi seperti pembrokeran saham, pindahan telegraf, cek kembara, perkhidmatan ATM dan perbankan telefon.
Untuk akaun simpanan, semasa dan deposit, hibah (hadiah) dibayar pada budi bicara bank sekiranya terdapat sebarang keuntungan daripada penggunaan dana anda yang didepositkan. Pada umumnya, kadar hampir untuk akaun simpanan dan deposit adalah 2.2% sementara kadar untuk akaun semasa ialah 1%. Untuk akaun simpanan tetap kadar adalah di antara kira-kira 2.6% untuk sebulan hingga kira-kira 4.2% untuk 60 bulan.
Kadar pembiayaan perumahan akan bergantung kepada sama ada rumah anda ialah rumah baru atau siap, Untuk rumah baru, kadar pembiayaan adalah di antara kira-kira 2.8% pada tahun pertama hingga kira-kira 7.75% selepas tahun kelima. Untuk rumah siap, kadar pembiayaan adalah di antara kira-kira 3.8% pada tahun pertama hingga kira-kira 7.75% selepas tahun kelima.
|
Balik ke Atas |
|
|
 |
 |
 |
 |
| Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
|
 |
|
|
 |
 |
 |
 |
|