|
Menetapkan Gol-Gol
Spesifik Gol-gol bijak adalah cukup spesifik untuk mencadangkan tindakan. Contoh: Menyimpan wang yang cukup untuk membeli sebuah peti sejuk, bukan sekadar menyimpan wang. Boleh diukur Anda perlu mengetahui bila anda telah mencapai gol anda, ataupun berapa hampir anda untuk mencapainya. Contoh: Sebuah peti sejuk berharga RM 1,000, dan anda telah menyimpan RM500. Gol-gol yang tidak dapat diukur, seperti "Saya ingin memiliki lebih banyak wang" adalah lebih sukar untuk dicapai dan anda pun tidak tahu apabila anda mencapainya! Boleh dicapai Langkah-langkah ke arah mencapai gol anda perlulah munasabah dan mungkin dilakukan. Contoh: Saya tahu saya boleh menyimpan wang yang cukup setiap bulan untuk mencapai gol saya dalam masa setahun. Berkaitan Gol perlulah berlogik. Anda tidak ingin bersusah payah atau berusaha ke arah gol yang tidak bersesuaian dengan keperluan anda. Contoh: Anda tidak perlu menyimpan wang untuk 18 pasang kasut! Berkaitan dengan masa Menetapkan tarikh sasaran yang tentu. Contoh: Orang pembaiki kata bahawa peti sejuk saya tidak akan bertahan untuk satu tahun lagi. |