Go
 
Kebankrapan
Apakah kebankrapan?
Kebankrapan merupakan prosedur sah yang sepatutnya digunakan sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah kewangan, setelah anda mencuba pilihan yang lain.

Satu keputusan untuk memohon kebankrapan ialah langkah yang serius, dan dalam banyak kes, ia tidak akan membersihkan rekod kredit anda dengan sepenuhnya atau memberi anda permulaan yang baru.  Ia juga kekal dalam laporan kredit anda untuk beberapa tahun yang tertentu bergantung kepada undang-undang kebankrapan negara anda, dan mungkin menjejaskan kebolehan anda membeli rumah ataupun memperoleh insurans kereta.  Selain itu, kebankrapan mungkin tidak membenarkan anda menyimpan harta apabila pemiutang mempunyai gadai janji yang tidak dibayar atau lien atasnya.
 
Apa Mungkin Berlaku?
Undang-undang kebankrapan tiap-tiap negara mungkin berbeza, dan kewajipan yang diakibatkan permohonankebankrapan mungkin berbeza.  Berunding dengan bank atau penasihat kewangan atau undang-undang anda sebelum membuat keputusan.  Ini akan membantu anda memutus sama ada memohon kebankrapan merupakan pilihan tunggal ataupun wujudnya alternatif yang lebih baik.

Secara umum, sekiranya anda diisytiharkan bankrap, mahkamah biasanya melantik Penerima Rasmi untuk mengendalikan hal-hal bankrap itu, yang termasuk penjualan aset, pendaftaran tuntutan pemiutang dan membayar dividen kepada pemiutang anda.
Penerima Rasmi ialah pekerja awam dan kakitangan mahkamah.

Penerima Rasmi mengambil alih hak milik aset anda dan bertanggungjawab merealisasikannya dan membayar satu dividen kepada pemiutang anda.  Jika anda diupah, Penerima Rasmi akan menilai sumbangan yang mesti anda lakukan untuk membayar balik hutang anda, selepas mengambil kira apa yang anda perlukan secara munasabah untuk menyara anda sendiri dan keluarga anda.

Terdapat banyak batasan yang mungkin dikenakan kepada anda sekiranya anda diisytiharkan bankrap.  Anda mungkin tidak dibenarkan meninggalkan negara tanpa kebenaran Penerima Rasmi.  Secara umum, anda tidak boleh membawa atau meneruskan sebarang tindakan mahkamah, anda juga mungkin tidak layak dilantik atau bertugas sebagai pemegang amanah, memainkan peranan yang langsung atau tidak langsung dalam pengurusan sesebuah syarikat atau perniagaan atau berfungsi sebagai pengarah sesebuah syarikat tanpa kebenaran mahkamah.

Di Malaysia, untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap seseorang individu, amaun minimum hutang yang belum dibayar mesti RM10,000, jika tidak, pemiutang tidak boleh mendapatkan rekursa.  Undang-undang kebankrapan Malaysia adalah berdasarkan kepada undang-undang Inggeris dan jatuh di bawah bidang kuasa Akta Kebankrapan 1967.

Jika anda tidak bertindak balas dalam had tempoh untuk penyelesaian penuh atau perundingan penyelesaian apabila menerima satu notis kebankrapan, anda telah melakukan satu perbuatan kebankrapan.  Walau bagaimanapun, Akta Kebankrapan telah dipinda, memberikan kuasa budi bicara kepada Penerima Rasmi membenarkan kategori bankrap tertentu untuk dilepaskan dan memberikan mereka “peluang kedua”.
Bankrap lain yang mendapatkan reprief di bawah Akta yang telah dipinda itu ialah penjamin pinjaman, mereka yang menderita disebabkan kegawatan kewangan dan mereka yang sakit, tua dan menganggur.

Penerima Rasmi menggunakan beberapa kriteria seperti kelakuan dan tingkah laku sebagai bankrap sebelum dan selepas kebankrapan, sebab-sebab diisytiharkan bankrap, umur, status kewangan dan keupayaan membayar balik hutang.

Oleh itu, jika anda telah menjalankan tugas anda sebagai bankrap seperti membuat pembayaran kerap kepada Penerima Rasmi dan memberikan kerjasama anda yang penuh semasa prosiding kebankrapan, anda boleh memohon untuk pelepasan anda tetapi hanya lima tahun selepas tarikh Perintah Penerimaan dan Penghukuman anda.
Penerima Rasmi akan kemudian mengeluarkan satu "Sijil Pelepasan Penerima Rasmi" kepada anda.

Balik ke Atas
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English