Go
 
Meminjam
Strategi-strategi Peminjaman
Apabila anda memikirkan tentang meminjam wang, terdapat beberapa perkara yang hendak dipertimbangkan. Sebaik-baiknya, anda harus dapat:

•  Mengenal pasti berbagai-bagai sumber dan institusi yang memberi pinjaman
•  Menilai syarat pinjaman
•  Mengetahui bagaimana mengira kos kredit
•  Menentukan had hutang anda sendiri
•  Di manakah Anda Boleh Meminjam?

Di manakah Anda Boleh Meminjam?
Kebanyakan kredit pengguna datang dari bank-bank, institusi-institusi simpanan dan pinjaman, persatuan-persatuan kredit, syarikat-syarikat kewangan, dan syarikat-syarikat kad kredit.  Tambahan pula, banyak orang meminjam daripada saudara mara atau individu-individu lain yang mungkin atau tidak mungkin merupakan sumber kredit yang baik.  Individu-individu yang memberi pinjaman tetapi tidak mempunyai tempat perniagaan yang tetap mungkin menawarkan kepada anda pinjaman yang mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada kadar faedah yang sah.

Di mana-mana yang anda meminjam, pastikan anda mendapatkan kontrak yang ditandatangani, dan MEMBACA HURUF BERCETAK HALUS termasuk syarat-syarat dan pengiraan caj kewangan.

Berapa Banyak hendak Diperuntukkan?
Apabila anda mengambil sesuatu pinjaman, anda perlu menyedari tentang berapa banyak yang anda perlu memperuntukkan pada mulanya.  Untuk kebanyakan pinjaman, biasanya anda akan memerlukan satu bayaran muka yang akan merupakan peratusan jumlah pinjaman yang diambil.  Ini mungkin akan merupakan julat di antara 19% dan 25% daripada pinjaman bergantung kepada jenis pinjaman, pendedahan anda kepada pinjaman lain dan kepercayaan kredit anda.

Di samping itu, anda akan perlu memperuntukkan untuk ansuran bulanan anda berserta dengan faedah yang dikenakan.  Sekali lagi ini akan bergantung kepada tempoh pinjaman dan kadar faedah yang akan dicajkan oleh institusi kewangan itu.
Akhirnya, anda juga akan perlu memperuntukkan untuk cukai jalan, insurans, lain-lain cukai seperti cukai tanah atau cukai taksiran rumah anda.  Sekali lagi, semua ini akan bergantung kepada jenis pinjaman yang telah anda pohon.

Pinjaman-pinjaman Yang Paling Biasa

Sewa Beli
Di Malaysia, salah satu cara yang paling biasa untuk memiliki sebuah kereta atau motosikal ialah melalui sewa beli.  Ini merupakan penyewaan sebuah kenderaan bermotor dengan pilihan untuk membelinya dan anda perlu menandatangani satu persetujuan sewa beli dengan syarikat kewangan itu.

Apabila anda mengambil kemudahan sewa beli, anda sedang menyewa kereta itu daripada syarikat kewangan anda yang merupakan pemilik kenderaan itu.  Syarikat kewangan itu membayar penjual (biasanya pembuat/pengedar kereta atau peniaga kereta terpakai) untuk kereta itu dan satu amaun bulanan yang ditentukan terdahulu untuk menampung jumlah harga belian kereta itu untuk beberapa tahun.  Kadar faedah untuk sewa beli biasanya ditetapkan dan diperuntukkan secara pro rata dalam amaun bulanan yang ditentukan terdahulu itu dalam tempoh bilangan tahun kemudahan itu.

Pinjaman Perumahan
Pinjaman perumahan juga merupakan sejenis pembiayaan yang sangat biasa di Malaysia.  Apabila anda memutuskan hendak membeli rumah impian anda, anda biasanya akan pergi ke sebuah bank untuk mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah impian anda.  Ini berfungsi dalam cara yang sama dengan kemudahan sewa beli tetapi anda akan menadatangani persetujuan pinjaman dengan bank yang memberi pinjaman dan bukan persetujuan sewa beli.

Bank itu akan membayar penjual (biasanya pemaju hartanah atau seorang individu jika ia berkenaan dengan rumah lama) untuk rumah itu sedangkan anda membayar bank sekali gus sebagai bayaran muka dan satu amaun bulanan yang ditentukan terdahulu untuk beberapa tahun.

Amaun pinjaman dan tempoh pembayaran balik akan banyak bergantung kepada keupayaan kewangan anda untuk membayar balik amaun yang hendak dipinjam dan juga umur anda.  Makin tua anda pendek tempoh pembayaran balik sebab biasanya ia dikaitkan kepada masa anda bekerja.  Anda biasanya dianggap tidak boleh membayar ansuran bulanan sebaik sahaja anda berhenti bekerja sebabanda tidak akan lagi mempunyai punca pendapatan yang stabil.

Pemilikan rumah dipidah daripada bank kepada anda hanya apabila telah menyelesaikan sepenuhnya pinjaman itu dan semua caj yang masih belum dibayar.
Faedah dicajkan sebagai sesuatu peratusan lebih daripada Kadar Pinjaman Asas (KPA).  Margin faedah ini biasanya naik turun mengikut ekonomi negara dan juga prestasi kewangan bank yang memberi pinjaman.

Sebagai pembiayaan rumah alternatif, anda juga boleh mengambil pinjaman daripada syarikat insurans anda atau membuat pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda untuk membayar pembelian rumah anda atau mengurangkan amaun pinjaman dari semasa ke semasa.

Membiayai semula pinjaman perumahan adalah lazim juga dan biasanya berlaku apabila anda berasa bank yang pinjamkan anda mengecaj anda faedah yang terlalu tinggi berbanding dengan bank-bank lain.  Walau bagaimanapun apabila anda memutuskan hendak membiayai semula rumah anda dengan bank yang lain anda akan perlu menandatangani satu persetujuan pinjaman baru dengan bank baru yang memberi pinjaman dan ini mungkin melibatkan fi guaman.  Untuk memberi justifikasi kepada pembiayaan semula, anda akan perlu membandingkan kos mendapatkan pinjaman baru bersama dengan jumlah amaun RM dan faedah yang anda akan jimatkan berbanding dengan kos mengekalkan pinjaman lama itu.

Jaminan Peribadi
Untuk sebarang pinjaman, sebuah institusi kewangan biasanya akan menjalankan satu penilaian kredit ke atas pemohon pinjaman untuk menentukan kepercayaan kreditnya.
Berasaskan keputusan penilaian ini, institusi kewangan mungkin memerlukan seseorang untuk bertindak sebagai penjamin anda untuk kemudahan pinjaman yang anda memohon.  Ini ialah sekuriti tambahan untuk bankdi samping kereta atau rumah yang institusi kewangan itu gunakan sebagai cagaran sekiranya anda mungkir dalam ansuran bulanan anda.

Jika anda diminta menjadi penjamin untuk kawan atau saudara anda, berwaspada sebab jika peminjan mungkir dalam apa-apa pembayaran anda akan bertanggungjawab untuk bahagian pinjaman yang belum dibayar bersama dengan faedah yang dihutang dan apa-apa penalti yang dicajkan oleh institusi kewangan itu.
Sebagai penjamin peribadi, institusi kewangan boleh mendesak anda membayar balik amaun penuh yang belum dibayar sementara kereta dan rumah masih didaftarkan dalam nama peminjam.

Kos Meminjam
Kredit memerlukan wang!  Kos kredit akan banyak berubah bergantung kepada cara yang digunakan mengira baki yang mana anda membayar caj kewangan.  Biasanya adalah sukar untuk mengira caj kewangan apabila anda mula menggunakan kad kredit dengan kerap dan mempunyai baki.  Apa yang paling penting tentang caj kewangan ke atas kad kredit ialah: Cuba jelaskan hutang kad kredit anda setiap bulan.  Jika anda tidak mampu menjelaskan hutang kad kredit anda setiap bulan, buat bayaran yang terbesar yang anda mampu, dan menjelaskan hutang kad itu sebelum anda membuat satu lagi pembelian.

Pengeluar kad kredit yang berbeza mungkin menawarkan rancangan kadar faedah yang berbeza.  Pastikan anda memahami cara pengiraan faedah sebelum anda memusingkan baki kredit anda.

Balik ke Atas
Bacakan lebih banyak
Memahami Kad Kredit Anda
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English