Sekiranya hutang bukan-perumahan anda ialah 10 peratus atau kurang, maka anda mempunyai kesihatan kewangan yang baik. Sekiranya hutang bukan-perumahan anda antara 10 hingga 20 peratus, maka anda mungkin mampu memperoleh kredit, tetapi semakin anda hampir kepada 20 peratus, anda mungkin perlu mula berfikir untuk mengurangkan beban hutang anda.
Pernah wujud banyak percubaan untuk menghasilkan formula untuk menetapkan had untuk amaun hutang perumahan yang seseorang boleh menanggung. Satu peraturan rasmi ialah dua (atau 2.5 hingga 3) kali pendapatan tahunan anda. Sekiranya pendapatan rumahtangga tahunan ialah RM70,000, sebuah syarikat gadai janji mungkin memberi pinjaman sehingga RM210,000, dengan syarat rumah itu mempunyai nilai yang sama dengan wang itu dan faktor kredit yang lain adalah memuaskan.
Walau bagaimanapun, mesti berjaga-jaga. Janganlah disebabkan pemberi pinjaman mungkin sudi memberikan kredit tidak bermakna anda seharusnya meminjam amaun itu. Anda juga harus mengambil kira perbelanjaan tetap dan berubah spesifik anda untuk menentukan keupayaan anda sendiri untuk membayar. Berapa banyak anda membelanjakan untuk harta tanah mungkin bergantung kepada negara mana anda tinggal. Perlulah ingat bahawa jika anda mempunyai hutang harta tanah yang tinggi, anda mungkin hendak mengurangkan nisbah hutang/pendapatan untuk mengimbanginya.
|