Go
 
Keputusan, Keputusan
Apabila anda melihat satu iklan yang menarik perhatian anda, tanyakan diri anda soalan-soalan asas berikut.

  1. Adakah iklan itu menarik emosi saya?  Lihat melebihi tarikan tertentunya terhadap anda untuk mendapati apa yang ia benar-benar bermakna, daripada apa yang anda fikir ia sedang bercakap tentang produk atau perkhidmatan itu.
  2. Apakah ciri-ciri istimewa produk itu?
  3. Adakah ciri-ciri ini benar-benar penting kepada anda?


Semasa anda membaca, mendengar atau melihat iklan-iklan:

  1. Sedar akan penipuan dan pengeliruan dalam iklan.
  2. Berjaga-jaga kepada iklan yang mengelirukan (iklan yang membuat tuntutan yang
    tidak munasabah tentang sesuatu produk atau perkhidmatan).
  3. Bacakan huruf bercetak halus atau dengar dengan teliti.
Keputusan Membeli
Membuat keputusan untuk membelanja wang anda

•   Adakah saya benar-benar memerlukan barang ini?
•   Adakah ia berpatutan dengan masa yang saya menggunakan untuk menghasilkan wang untuk membayarnya.
•   Adakah terdapat penggunaan yang lebih baik untuk wang saya buat masa kini?
Membuat keputusan tentang barang apa untuk dibeli

•   Apakah tahap kualiti yang saya ingini – rendah, sederhana atau tinggi?
•   Berapa banyak yang saya mampu?
•   Patutkah saya tunggu sehingga terdapat jualan murah untuk barang yang saya hendaki?
•   Patutkah saya memilih satu barang dengan jenama yang terkenal, walaupun ia berkos lebih tinggi?
•   Adakah saya mengenali sesiapa yang sudah memiliki barang jenis ini?
•   Terdapatkah waranti dan/atau kontrak perkhidmatan atas barang ini?  Jika ya, adakah ia setanding dengan waranti dan kontrak perkhidmatan atas barang yang serupa?
•   Apakah majalah pengguna kata tentang jenis barang yang saya fikir untuk beli?
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English