Kriptografi
Proses maju menyelerak dan menyusun semula maklumat supaya ia hanya boleh dibaca oleh pihak yang diingini.  Contohnya, apabila anda menghantar maklumat bayaran anda melalui Internet untuk satu pembelian, kriptografi boleh mencegah semua orang kecuali saudagar yang diingini daripada membaca nombor akaun kad dan tarikh luput kad anda.

Mengesahkan
Untuk mengesahkan identiti seseorang pengguna Internet atau orang yang sedang menghantar e-mel.  Contohnya, ada saudagar akan menggunakan sistem keselamatan yang maju untuk mengesahkan seorang pembeli sebelum memproses sebarang pesanan dalam talian.

Muat naik
Untuk memindah satu fail dari komputer anda ke komputer lain melalui Internet.  Contohnya, selepas anda melengkapkan satu borang pesanan elektronik, anda muat naiknya kepada seorang saudagar untuk pemprosesan.

Muat turun
Untuk menyalin satu fail atau aplikasi dari komputer lain melalui Internet.  Contohnya, anda boleh muat turun perisian yang anda telah membeli daripada saudagar dalam talian.

Nama Domain
Satu gambaran Internet, seperti www.msn.com, yang mengenalpasti satu organisasi melalui nama dan, selepas titik, melalui jenisnya.  Jenisnya boleh jadi komersil (.com), pendidikan (.edu), kerajaan (.gov), tentera (.mil), rangkaian (.net), perniagaan (.biz), maklumat (.info) atau organisasi (.org).

Pelayan
Stesen kerja komputer yang melayan maklumat kepada komputer lain melalui Internet.  Apabila anda membeli-belah melalui Internet, pelayan saudagar membenarkan pelayar anda akses kepada maklumat tentang barang dan perkhidmatan.

Pelayar
Satu program perisian, seperti Netscape Navigator atau Microsoft Internet Explorer, yang membenarkan anda melayari Internet.  Pelayar anda boleh membantu anda mencari dan membeli-belah di stor talian dari sekitar dunia.

Profil
Maklumat peribadi yang disimpan dengan saudagar.  Maklumat yang biasa digunakan seperti alamat anda dan kegemaran membeli-belah boleh disimpan dengan saudagar, membuatkan pembelian masa depan cepat dan mudah.

Sijil Digital
Satu sistem pengenalpastian elektronik yang digunakan oleh pengguna dan saudagar dalam sistem keselamatan Internet.  Dengan sijil digital, anda dan saudagar boleh mengenalpasti antara satu sama lain sebelum melakukan satu transaksi dalam talian.

SSL – Lapisan Soket Selamat
Standard keselamatan yang mana banyak saudagar gunakan untuk menyimpan laman web mereka selamat dan untuk melindungi keselamatan, kebersendirian, serta kebolepercayaan data pembayaran yang berjalan melalui Internet.  SSL menenkripsi saluran di antara pelayar anda dan pelayan Web saudagar itu supaya tiada orang kecuali anda dan saudagar boleh membaca maklumat pembayaran anda.

URL
Pengesan Sumber Seragam atau alamat sesuatu laman web di Internet seperti www.msn.com
Balik ke Atas