Go
 
Memerhati
Perkhidmatan Kewangan Kos Tinggi
•   Kedai gadai mengenakan faedah yang sangat tinggi untuk pinjaman berasaskan nilai aset ketara (seperti barang kemas atau barang-barang bernilai lain).

•   Jerung Pinjaman – Di Malaysia, kebimbangan makin bertambah tentang bilangan besar jerung pinjaman yang beroperasi baru-baru ini dengan menawarkan pinjaman tunai kepada peminjam pada kadar faedah yang sangat tinggi, ada yang meningkat sehingga 20% sebulan.  Walaupun sah, banyak individu mengambil jalan keluar dengan menjumpai jerung pinjaman sebagai satu cara yang mudah membiayai pembelian mereka, tanpa menyedari faedah tinggi yang dikenakan dan cagaran tinggi yang diminta untuk pinjaman-pinjaman ini.  Individu-individu ini akhirnya terpaksa membayar lima atau sepuluh kali kos sebenar pembelian mereka atau hilang cagaran mereka yang terdiri daripada rumah atau kereta mereka.

•   Program-program sewa-untuk-miliki menawarkan satu peluang untuk mendapatkan sistem atau perkakas hiburan rumah untuk fi mingguan atau bulanan yang kecil.  Walau bagaimanapun, amaun yang dibayar untuk benda itu biasanya jauh melebihi kos sekiranya benda itu dibeli secara kredit.

•   Pemajakan – Pemajakan adalah sama dengan program sewa-untuk-miliki tetapi berhubung kebanyakannya kepada aset tetap seperti kelengkapan dan kenderaan dan tidak melibatkan perbelanjaan tunai yang besar. Ia merupakan satu persetujuan di antara sebuah syarikat pemajakan dan pengguna kelengkapan yang mana pengguna kelengkapan itu bersetuju membayar syarikat pemajakan itu jumlah sewa spesifik untuk tempoh masa yang tertentu sebagai balasan untuk penggunaan kelengkapan yang dimiliki oleh syarikat pemajakan itu.

•   Sebaik sahaja dilaksanakan, persetujuan tidak boleh dibatalkan. Pengguna itu tidak perlu membeli kelengkapan itu tetapi jika ia ingin, ia boleh mebayar satu jumlah nominal untuk membeli kelengkapan itu pada penghujung tempoh persetujuan itu.
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English