Go
 
Membeli-belah Dalam Talian
Berjuta-juta orang di sekitar dunia sedang menikmati kemudahan dan keseronokan membeli-belah di Internet.  Pembeli-belah siber bijak akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah, sebagaimana apa yang mereka telah sentiasa lakukan apabila melakukan pembelian melalui telefon ataupun di kedai.  Untuk meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan penggunaan kad kredit, di sini ialah beberapa amalan 'patut sedar' untuk mengambil perhatian.
Lindungi Butir-butir Kad Anda
Hanya memberi butir-butir kad anda apabila membuat pembelian – jangan membekalkannya untuk sebab-sebab yang lain.  Jangan menghantar maklumat bayaran melalui e-mel, maklumat yang bergerak melalui Internet seperti e-mel, tidak dilindungi sepenuhnya daripada dibaca oleh pihak luar.  Semua laman saudagar yang ternama menggunakan teknologi enkripsi yang akan melindungi maklumat peribadi anda daripada dibaca oleh orang lain semasa anda melakukan transaksi dalam talian.

Jangan membekalkan nombor kad kredit anda sebagai bukti usia anda.  Kadangkala, saudagar tertentu boleh meminta anda membekalkan nombor kad kredit anda sebagai bukti usia.  Jangan memberi saudagar maklumat ini, kerana nombor kad tidak mengesahkan usia seseorang.
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English