Go
 
Pilihan-pilihan Membeli-belah
Kelab-kelab Membeli
Kelab-kelab membeli tidak selalu menjimatkan wang untuk anda.  Kadang-kala kelab-kelab itu memerlukan banyak yuran inisiasi dan kadang-kala simpanan anda tidak mencukupi untuk memampasi kos untuk menyertai.

Contohnya, yuran keahlian RM300 untuk satu kelab yang memberikan anda satu diskaun 10 peratus ke atas pembelian akan bermakna anda akan terpaksa membelanjakan RM3,000 untuk menjimatkan amaun yang mencukupi untuk menampung kos yuran keahlian anda.

Pastikan anda membuat perbandingan sebelum anda menyertai satu kelab membeli.


Perkara-perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum menyertai

•   Anda mungkin perlu melakukan banyak pembelian sebelum anda mula menjimatkan wang.
•   Anda mungkin terpaksa melakukan pembelian dalam kuantiti yang lebih daripada yang anda benar-benar perlukan.
•   Kerapkali anda boleh mendapat barang dengan harga yang sama melalui stor diskaun dan bilik pameran katalog yang tidak memerlukan yuran inisiasi.
 
Berjaga-jaga

•   Kelab-kelab yang tidak membenarkan anda melihat harga, katalog atau bilik pameran mereka sehingga anda telah menyertai
•   Kelab-kelab yang menggunakan teknik-teknik jualan yang bertekanan tinggi.
Membeli-belah melalui Mel, Telefon atau Internet
Langkah beringat-ingat

•   Menyiasat reputasi syarikat itu
•   Menyoal tentang dasar pembayaran balik dan pemulangan syarikat itu
•   Menyoal tentang ketersediaan produk
•   Mengetahui jumlah kos pesanan anda
•   Apabila membeli-belah dalam talian, gunakan pelayar yang terjamin, membeli-belah dengan syarikat yang anda kenal, simpan dengan sulit kata laluan anda, membayar dengan kad kredit yang mempunyai sistem pengesahan pemegang kad tambahan, memahami dasar pembayaran balik dan pemulangan serta menyimpan satu rekod transaksi anda.

Baca lebih lanjut
 Membeli-belah Dalam Talian
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English