Jika anda memiliki satu kad kredit, anda dibenarkan mengecaj pembelian di bawah kemudahan kredit yang telah dipraluluskan. Kad-kad kredit boleh dikeluarkan oleh bank, peruncit, dan grantor kredit yang lain. Sesetengah pengeluar kad mengecaj fi tahunan untuk menampung kos perkhidmatan akaun, yang lain tidak.
Selepas membuat pembelian dengan satu kad kredit, pembelian itu menjadi amaun yang perlu dibayar selepas satu Tempoh Tangguh yang mana dalam tempoh itu tiada caj kewangan dikenakan.
Selepas itu, baki yang perlu dibayar boleh dibayar sepenuhnya atau dibayar secara ansuran bulanan dengan faedah. Ini biasanya dikenali sebagai kredit pusingan.
Sesetengah pengguna kad mengenakan faedah kad kredit dari tarikh belian sama ada akaun pemegang kad mempunyai baki yang dihutang atau tidak. Kadar faedah kad kredit, pengiraan faedah, fi tahunan dan syarat pembayaran balik mungkin banyak berubah antara kad-kad.
Kredit mempunyai kedua-kedua kelebihan dan kelemahannya. Dengan memahami tanggungjawab anda dan menggunakannya dengan bijak, anda dapat mengambil kesempatan daripada kelebihannya dan mengurangkan kelemahannya.
Advantages
• Keupayaan membeli barang keperluan
• Tidak perlu membawa tunai
• Lebih mudah dan diterima dengan luas lebih daripada cek
• Mewujudkan satu rekod pembelian
• Menerima poin ketaatan dan rebet
Kelemahan
• Kos sesuatu benda mungkin lebih tinggi jika faedah dikenakan kepada anda
• Menggunakan kad mungkin mengalibatkan fi dikenakan
• Kesulitan kewangan mungkin berlaku jika anda hilang kawalan terhadap perbelanjaan anda setiap bulan
• Menyediakan jalan untuk peningkatan pembelian secara impuls