Cara pembayaran baru seperti kad debit sedang cepat menjadi penggantian popular untuk tunai dan cek.  Inilah apa yang anda harus tahu.

Fikirkanlah tentang masa terakhir anda membuat pembelian.  Adakah pembelian tersebut untuk barang keperluan, satu sewa video atau makan malam di sebuah restoran?  Di samping cara-cara pembayaran tunai, cek dan kad kredit secara tradisional, anda mungkin diberikan peluang untuk menggunakan kad ATM atau sesuatu yang dipanggil "kad debit".

Kad debit merupakan produk kad pembayaran yang paling popular untuk tahun yang akan datang dengan adanya penggunaan kad debit di serata dunia hari ini.

Pada hal, anda mungkin sedang membawa satu sekarang dan tidak sedar tentang itu.  Kad debit merupakan satu kad ATM yang dipertingkatkan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan anda.  Jika kad itu merupakan kad debit yang hanya boleh digunakan di saudagar di negara anda, kad itu biasanya mempunyai logo bank yang mengeluarkannya serta sistem pemprosesan yang kad kredit itu berfungsi ke atas.

Untuk kad debit yang boleh digunakan secara antarabangsa, kad itu mungkin kelihatan seperti satu kad kredit dan mempunyai logo jenama kad antarabangsa di sisi bawah kanan.  Kad itu boleh digunakan dengan cara yang sama dan di tempat yang sama anda menggunakan kad kredit anda.
Perbezaan besar ialah kad debit mengeluarkan dana dari akaun bank anda dan tidak akses satu kemudahan kredit.

Memutuskan masa untuk menggunakan kad debit dan masa untuk menggunakan kad kredit bukan keputusan remeh.  Kad kredit merupakan satu alat "beli sekarang, bayar kemudian".  Kad debit ialah satu alat "beli sekarang, bayar sekarang."  Kedua-dua kad tersebut memainkan peranan utama dalam rancangan pengurusan wang anda.

Bagaimanakah Kad Debit Berfungsi?
Kad debit dihubungkan kepada akaun semasa/cek dan/atau akaun simpanan anda - dalam istilah perbankan, akaun deposit.  Apabila anda menggunakan kad debit untuk mengeluarkan wang tunai atau pembelian di tempat jualan, wang ditolak terus dari akaun deposit anda.

Berbeza dengan kad debit, kad kredit merupakan pinjaman tanpa cagaran yang disediakan oleh sebuah institusi kewangan untuk anda sebagai kemudahan pembayaran.  Menggunakan kad kredit bermaksud bahawa anda bertujuan untuk membayar jumlahnya tambah faedah jika anda tidak membayar baki penuh setiap bulan.

Kad debit berdasarkan PIN:
Anda perlu memasukkan PIN anda semasa jualan.  Kad debit yang berdasarkan PIN ini hanya boleh digunakan di saudagar yang dilengkapi dengan terminal pemprosesan kad dalam talian yang disemat dengan satu peranti istimewa untuk memasukkan PIN anda.

Kad debit berdasarkan tandatangan:
Anda menandatangani satu resit untuk pembelian seperti yang anda akan buat untuk kad kredit.
Kad debit tandatangan boleh digunakan di saudagar yang mempunyai terminal pemprosesan kad dalam talian serta terminal luar talian.

Sesetengah kad debit direka bentuk untuk berfungsi dengan PIN sahaja, yang lain boleh digunakan dengan PIN atau tandatangan.  Kad yang boleh berfungsi melalui cara tandatangan mungkin menyediakan lebih banyak kefleksibelan terutamanya apabila berurusan dengan saudagar yang tidak mempunyai peralatan yang diperlukan untuk memproses transaksi PIN.  Semak dengan bank atau institusi kewangan tempatan anda jenis kad debit yang ditawarkan.

Dalam mana-mana kes, dananya ditolak secara automatik terus dari akaun anda.

Untuk kedua-dua jenis kad debit, anda memerlukan satu PIN untuk pengeluaran wang tunai di ATM.
Bank anda mungkin memperuntukkan satu untuk anda apabila kad anda dikeluarkan.

Mengapakah Kad-kad Tersebut Begitu Popular?

Apa yang diperlukan hanya satu akaun bank
Kad debit melambangkan langkah penting di jalan ke ekonomi perbelanjaan berdasarkan kesenangan.  Kad-kad itu merupakan penggantian yang sempurna untuk tunai dan cek, apa yang anda perlu untuk mendapatkan satu kad debit adalah dengan mempunyai satu akaun bank.  Di Asia Pasifik sahaja, 500 juta orang ditaksirkan mempunyai akaun bank yang layak untuk kad debit manakala 100 juta orang ditaksirkan layak untuk kad kredit.

Satu alat pengurusan wang yang efektif.
Pemegang kad kredit yang juga menggunakan kad debit untuk pengurusan perbelanjaan harian yang lebih efektif telah bertambah.  Biasanya, pengguna-pengguna kad ini akan meletakkan perbelanjaan harian dan pembayaran kerap seperti barang keperluan, bil utiliti, bayaran bulanan yang sentiasa berlaku atau barang tiket kecil lain ke kad debit mereka manakala barang yang lebih tinggi nilainya, pembelian besar yang akan dibiayai secara ansuran atau perbelanjaan yang berlaku semasa perlancongan luar negara akan menggunakan kad kredit mereka.

Dengan adanya kad debit, anda cuma boleh membelanja di dalam had yang ada dalam akaun anda sahaja.  Kad ini terutamanya boleh bernilai untuk orang yang ingin mempunyai lebih kawalan terhadap kewangan mereka.  Orang yang muda, mereka yang masih tidak layak untuk kad kredit atau mereka yang berada dalam peralihan kewangan, digalakkan memasukkan kad debit ke dalam rancangan pengurusan wang harian mereka.

Senang dan diterima secara luas
Kad debit juga merupakan salah satu cara yang senang untuk memudahkan transaksi elektronik disebabkan kesenangannya dan diterima secara luas.  Sebagai contoh, sesetengah kad debit antarabangsa yang berdasarkan tandatangan diterima di lebih 20 juta tempat di seluruh dunia.

Kesenangan merupakan sebab lain untuk pertambahan kemasyuran kad debit.  Dengan adanya kad debit, anda tidak perlu membawa wang tunai atau cek.  Kad tersebut senang digunakan, cepat diproseskan di tempat penyemakan dan menyediakan satu rekod terperinci semua transaksi di penyata bank bertempoh.

Selamat dan terjamin
Jaminan perlindungan yang sama untuk kad kredit juga dikenakan kepada kad debit.  Jika anda kehilangan kad debit atau percaya bahawa kad anda dicuri, hubungi bank anda untuk melaporkan kehilangan dengan segera.  Ini akan mencegah orang lain daripada menggunakannya dan mengurangkan sebarang kerugian.  Kecuaian menggunakan kad tidak seharusnya berlaku walaupun terdapat perlindungan pelanggan daripada bank pengeluar anda.  Kad debit adalah umpama wang dalam bank dan harus diawasi secara teliti.