Kad prabayar merupakan salah satu kategori produk pembayaran setiap hari yang terbaru.  Kad prabayar bukan kad kredit.  Ia adalah kad pembayaran yang boleh dibeli dengan wang tunai, cek, atau akaun kredit dan menawarkan pilihan, kemudahan dan kawalan yang lebih ke atas perbelanjaan dalam pelbagai keadaan di mana wang tunai, cek atau baucer pembayaran biasanya digunakan.  Fikirkanlah prabayar sebagai pilihan "bayar sebelum" anda, sementara debit membenarkan anda "bayar sekarang" dan kredit ialah "bayar kemudian".

Produk kad prabayar membawa penggunaan pembayaran elektronik ke situasi yang biasanya melibatkan tunai, cek atau baucer kertas yang rumit dan menggunakan banyak gunatenaga.
Produk prabayar adalah sangat sesuai untuk situasi di mana akaun bank tradisional mungkin sukar dibuka atau mungkin tidak sesuai, seperti kad hadiah atau pindahan wang.

Di sekeliling dunia, kad prabayar dikeluarkan oleh pebagai jenis organisasi untuk tujuan yang berbeza.  Ada sesetengah kad prabayar dikeluarkan oleh organisasi empunya seperti stor serbaneka atau peruncit dan boleh digunakan hanya di premis perniagaan pengeluar, sementara kad prabayar lain mungkin dikeluarkan oleh bank dan mempunyai logo jenama kad antarabangsa dan boleh digunakan secara antarabangsa.

Sesetengah jenis kad prabayar yang sedia ada:

Perjalanan. Kad perjalanan prabayar membenarkan pengguna membuat pembelian secara antarabangsa dan memberikan akses 24 jam kepada dana dalam mana-mana mata wang tempatan sementara menawarkan perlindungan daripada pencurian atau kehilangan.

Hadiah dan Promosi.  Kad hadiah lebih cepat dan selamat untuk pengguna menggunakan dan lebih berkesan dari segi kos bagi saudagar untuk menguruskan berbanding dengan sijil hadiah dan baucer yang berasaskan kertas.  Beberapa stor serbaneka dan kompleks membeli-belah terkenal di Malaysia menawarkan kad demikian kepada pelanggan.

Senarai Gaji Pekerja dan Perbelanjaan.  Kad senarai gaji kini ditawarkan di sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Rusia, dan membantu pekerja mengurangkan kos gaji dan membenarkan pekerja tanpa perhubungan perbankan untuk menghapuskan masalah kos, kerumitan, dan keselamatan menunaikan cek dan membawa banyak wang tunai.

Telefon.  Kad telefon ialah salah satu jenis kad prabayar yang paling biasa di Malaysia.  Ia dikeluarkan oleh operator telefon talian tetap dan mobil serta juga operator telefon awam.  Anda boleh memilih amaun prabayar anda hendakkan atau sama ada anda hendakkan kad telefon tempatan atau antarabangsa.

Pindahan Wang.  Contohnya, pelajar menggunakannya untuk menerima wang daripada ibu bapa mereka dan bukan proses pindahan telegraf atau cara pindahan dana lain yang lebih rumit dan mahal.

Manfaat Kerajaan.  Kad Sosial Muscovite di Rusia menawarkan pesara Moscow satu cara yang senang untuk menggunakan keretapi bawah tanah, mengakses manfaat jagaan kesihatan dan membayar untuk perbelanjaan harian mereka.

Pengurusan Wang untuk Dewasa Muda.  Di Amerika Syarikat, sesetengah kad prabayar yang boleh diisikan semula direka bentuk untuk remaja menggunakan perbelanjaan am dan kecemasan serta untuk membantu mereka membina kemahiran pengurusan wang mereka.