Anda sedang merancang untuk menghias semula, dan anda hendak membeli sesuatu perabot tertentu yang diingini yang dijual untuk ratusan Ringgit lebih kurang daripada harga yang anda fikir perlu bayar.
Anda telah mengalami satu tahun yang baik dan anda akan mendapat bonus anda dalam masa beberapa bulan lagi. Rancangan anda: cajkan perabot itu atas kad kredit anda, bayar apa yang anda mampu setiap bulan sehingga masa menerima bonus, kemudian membayar amaun penuh.
Ini rancangan yang baik jika:
- anda yakin bonus akan diterima,
- anda menghadkan perbelanjaan anda kepada amaun bonus. (angan menganggpanya sebagai bekalan wang yang berterusan),
- anda memperoleh sekeping kad dengan had kredit yang cukup tinggi untuk menampung pembelian itu dengan kadar faedah yang berpatutan sepanjang tempoh anda perlu membayar baki,
- faedah yang anda bayar untuk waktu sementara kurang daripada wang yang dijimat daripada diskaun itu.
Menggunakan kad yang menawarkan satu kadar pengenalan yang rendah merupakan satu pilihan untuk menampung pembelian yang besar dalam tempoh yang singkat sekiranya anda yakin akan menjelaskan baki yang tertinggal dan berasa selesa dengan syarat yang dikenakan.
Sesetengah peruncit atau saudagar mungkin membenarkan pelanggan mereka membuka akaun kredit dengan mereka, tetapi biasanya kad kredit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan menawarkan kadar lebih rendah daripada kad stor.