Adakah anda tahu bahawa percutian impian anda boleh menjadi lebih dekat kepada kenyataan setiap kali anda mengecajkan pembelian atas kad kredit anda?  Adakah anda sedar bahawa pada bila-bila masa anda menggunakan kad kredit anda boleh menyumbang kepada alma mater anda?

Adakah ia nampak menarik?  Kad kredit jenama bersama dan afiniti bukan sahaja membantu anda mendapat penerbangan percuma, tetapi mereka juga boleh membantu anda menyokong institusi pendidikan atau kebudayaan kegemaran anda.
Kad jenama bersama dan afiniti membawa nama pihak ketiga atas kad, di samping nama bank atau institusi kewangan yang mengeluarkan kad itu dan jenama kad.  Kedua-dua kad jenama bersama dan afiniti menawarkan nilai tambahan daripada setiap transaksi yang dilakukan dengan kad itu. Perbezaannya ialah siapa yang mendapat manfaat.

Kad jenama bersama
Dengan kad jenama bersama, anda mendapat manfaat dengan mengumpulkan mata untuk diskaun bagi tiap-tiap caj.  Syarikat penerbangan memerintiskan konsep jenama bersama lebih daripada 12 tahun yang lalu, menawarkan tiket, kenaiktarafan, dan diskaun berdasarkan jumlah kilometer yang dicatat oleh pelancong terbang yang kerap yang diperoleh dengan mengecajkan tiket atas kad kredit jenama bersama syarikat penerbangan.  Terdapat banyak kad jenama bersama yang dikeluarkan oleh bank-bank di Asia Pasifik termasuk rakan-rakan sekutu jenama bersama seperti stor serbaneka, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, peruncit, dan sebagainya.

Sedikit contoh kad jenama bersama di Malaysia ialah yang tergabung dengan syarikat penerbangan (program pelancong terbang yang kerap), bermotor/petrol, kompleks membeli-belah, atau industri muzik.  Mereka termasuk program Enrich Malaysia Airlines, Formula 1, Esso, Sogo, Makro, MTV dan beberapa lagi.  Kad-kad ini membenarkan anda mengumpul mata sebagai pertukaran untuk penerbangan percuma, pembelian diskaun, pakej percutian, insurans percuma, perkhidmatan prioriti dan hak istimewa makan.

Hari ini dalam sesetengah negara, sebanyak 35 peratus pemegang kad memiliki kad jenama bersama.  Kad jenama bersama kadangkala tidak mempunyai fi tahunan dan had kredit yang lebih tinggi, tetapi mereka juga mungkin mempunyai kadar faedah dan fi tahunan yang lebih tinggi daripada kad kredit yang lazim.  Jika anda biasanya membawa baki dalam kad anda, anda perlu menentukan jika rebet yang anda dapat setimbang dengan faedah yang lebih tinggi.

Kad afiniti
Dengan kad afiniti, sebuah organisasi pihak ketiga - sebuah persatuan alumni atau pertubuhan amal atau muzium, contohnya - menerima satu bahagian daripada setiap transaksi yang dilakukan dengan kad itu.  Sekutu kad afiniti yang tertentu, seperti pasukan sukan profesional atau yayasan perlindungan alam sekitar, mungkin menawarkan faedah sampingan seperti diskaun di stor yang terpilih atau hadiah yang percuma dengan pembelian pertama dengan menggunakan kad.

Kad afiniti di Malaysia menawarkan sumbangan kepada rumah anak yatim, yayasan dan organisasi seperti WWF Malaysia, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan, Yayasan Pinggang Nasional, Organisasi Bantuan Wanita, Hospis Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Malaysia, Melayan Tiap-tiap Persekitaran Dengan Istimewa dan banyak lagi.  Ini dan juga lain-lain organisasi amal dan organisasi bukan Kerajaan biasanya menerima peratusan jumlah perbelanjaan kad.

Kad Loyalti
Kad ganjaran pengguna dan kad loyalti juga sangat biasa didapati di Malaysia.  Dua daripada program ganjaran pengguna yang paling popular di Malaysia ialah BonusLink dan RealRewards.  Kedua-duanya ditawarkan percuma kepada pengguna dan mengeluarkan penyata kepada ahli memberitahu mereka tentang baki mata mereka.

BonusLink ialah program ganjaran pengguna pertama Malaysia.  Anda diberikan ganjaran dengan hanya mengisikan petrol, membeli-belah di kompleks membeli-belah, membayar bil telefon bimbit anda atau mengecaj pembelian anda kepada kad kredit anda di mana-mana syarikat peserta.
Apabila anda berbuat demikian, anda mengumpulkan Mata BonusLink yang boleh ditebus dengan banyak jenis hadiah percuma.

Satu lagi program manfaat pengguna di Malaysia ialah RealRewards yang memberikan ganjaran kepada pelanggan dengan mata kerana membeli-belah di kedai saudagar mereka.  Anda boleh menggunakan mata ini untuk bertukar kepada berjenis-jenis barang, dari perkakas elektrik dan rumahtangga, alat mainan, produk jagaan kesihatan ke benda mewah jenama dan banyak lagi.  Anda boleh menggunakan kad RealRewards anda apabila anda membeli di kedai saudagar yang memberikan LEBIH BANYAK GANJARAN di Singapura dan mata ganjaran yang diperoleh di sana akan secara automatik dipindah ke akaun anda di Malaysia.

Kad loyalti biasanya dikeluarkan oleh stor serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit.  Mereka memberikan ganjaran kerana membeli-belah di kedai mereka atau membeli petrol daripada stesen mereka dengan diskaun dan hadiah percuma.

Memilih dengan Bijak - Mengguna dengan Bijak
"Mengetahui diri anda" sepatutnya menjadi moto sesiapa yang ingin memiliki sekeping kad kredit.
Sedikit penyelidikan dan banyak penganalisaan diri mengenai keperluan kredit dan tabiat membayar bil anda sepatutnya membimbing anda kepada kad yang betul.  Tidak mengira kad apa yang anda pilih, gunakan kad anda dengan bijak, dan bayarlah hutang anda tepat pada masa.