Siapa yang Menyimpan Rekod Kredit Anda?
Sejarah kredit anda biasanya dikumpulkan dan disimpan oleh biro kredit, juga dikenali sebagai agensi rujukan kredit atau agensi pelapor kredit.  Biro kredit bukan sahaja mengumpulkan tetapi juga memproses dan menyimpan maklumat kredit kongsian tentang peminjam kini dan bakal, serta membekalkan maklumat demikian, atas permintaan, kepada institusi pemberi pinjaman yang merupakan ahlinya.  Orang awam biasanya boleh mendapat akses kepada rekod kredit individu mereka atau mempertikaikannya atau mengemaskinikannya.

Biro kredit telah ditubuhkan bukan sahaja di negara yang mempunyai sistem kewangan yang maju seperti AS, UK, Australia, New Zealand, Perancis, Jerman, Belgium dan sebagainya, tetapi juga di negara yang mempunyai pasaran kewangan yang kurang maju.  Di Asia Pasifik, negara dan wilayah seperti Australia, Hong Kong, India, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Thailand berada pada tahap yang berbeza untuk mempertingkatkan dan/atau menubuhkan biro tersendiri mereka.

Negara yang berbeza mempunyai peraturan dan undang-undang yang berbeza yang mengawal pengumpulan dan penyimpanan maklumat kredit pelanggan.  Di negara yang tiada biro kredit utama yang mantap atau pemberi pinjaman yang lain mungkin mempunyai maklumat keempunyaan mereka yang tersendiri dan pengskoran kredit peminjam mereka.

Di negara seperti AS, UK, Australia and New Zealand, biro kredit dimilik secara persendirian.  Biro kredit yang utama di AS dan UK ialah Equifax, Trans Union, Experian atau Dun and Bradstreet.  Di negara yang lain, seperti Malaysia, perkhidmatan maklumat kredit telah ditubuhkan sebagai bahagian-bahagian Bank Pusat.

Di Malaysia, biro kredit diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan telah beroperasi sejak 1982.  Biro itu mengekalkan satu Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat yang merupakan satu pangkalan data yang dikomputerkan yang mengumpul, memproses, menyimpan dan menjana maklumat kredit tentang peminjam daripada institusi kewangan dan mengagihkan maklumat ini balik kepada institusi-institusi ini.

Biro kredit di seluruh dunia berfungsi di bawah rangka kerja kawal selia yang nyata.  Dalam kes di mana biro kredit telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Bank Pusat, peraturan-peraturan Bank Pusat akan menentukan pengumpulan maklumat, akses kepada maklumat, kebersendirian data dan sebagainya.  Sekiranya biro kredit ditubuhkan dalam sektor swasta, biasanya terdapat peraturan-peraturan dan kod-kod kelakuan yang berasingan yang dikeluarkan oleh Bank Pusat untuk memastikan terdapatnya pelindung kebersendirian individu.  Peraturan-peraturan sedemikian akan menetapkan had tentang siapa boleh mengakses data biro kredit, bagaimanakah data itu boleh digunakan, sekuriti data dan memastikan pelanggan boleh mengakses dan membetulkan laporan mereka sendiri.

Balik ke Atas | Next (Siapa Yang Boleh Mengakses Laporan Kredit Anda?)