Go
 
Soalan-soalan Yang Kerap Ditanya

Q: Bagaimanakah saya mendapat satu kad kredit?
A: Kad kredit boleh didapatkan dalam pelbagai cara.  Cara yang paling biasa adalah dengan bertindak balas kepada sesuatu permintaan mel langsung yang dikirimkan kepada anda daripada sebuah institusi kewangan.  Biasanya, institusi kewangan yang mana anda mempunyai akaun semasa atau simpanan akan menawarkan kad kredit juga.  Banyak bank juga kini menawarkan permohonan kad kredit di laman web mereka, pusat-pusat membeli-belah, dan lain-lain.
Q:
Apakah saya hendak buat apabila saya menerima satu kad
kredit yang diluluskan terdahulu tanpa permintaan saya?
A: Dengan persaingan yang makin meningkat di kalangan pengeluar kad kredit, banyak bank hari ini menawarkan kad kredit tanpa diminta oleh anda pun.  Kad kredit biasanya ditawarkan kepada pemegang kad kredit kini dan terdiri daripada kad kedua atau ketiga yang dikeluarkan oleh bank yang sama.

Sedangkan kad pada umumnya diluluskan terdahulu, ianya tertakluk kepada syarat bahawa penyerahan dokumen pendapatan yang sesuai untuk menyokong kemudahan kad.  Kad yang diluluskan terdahulu di aktifkan untuk kegunaan hanya apabila bank menerima dokumen dan memberikan kelulusan untuk digunakan kad.  Yang diundang itu tidak mempunyai obligasi untuk menerima kad ini jika mereka tidak mahu dan mempunyai kebebasan untuk menolaknya.

Kadangkala adalah senang untuk mempunyai lebih daripada satu jenama kad kredit sebab ada sesetengah saudagar mungkin tidak menerima satu atau yang lain yang bermakna anda boleh memilih menggunakan kad yang lain.

Walau bagaimanapun, apabila anda menghadapi situasi demikian, anda perlu berhati-hati mempertimbangkan yang berikut: Adakah anda benar-benar memerlukan kad itu?  Adakah ia percuma hanya untuk tahun pertama?  Adakah saya perlu bayar fi tahunan untuk tahun-tahun berikut?  Adakah saya terdedah kepada risiko yang lebih dengan dua atau tiga kad?  Adakah saya terdedah kepada lebih risiko dengan dua kad kredit atau lebih?

Hanya selepas menimbang kebaikan dan keburukan di atas harus anda memutuskan sama ada menerima kad itu atau tidak.
Q: Kad kredit saya telah hilang atau dicuri.  Apakah harus saya buat?
A: Hubungi institusi kewangan yang mengeluarkan kad kredit itu.  Ini akan memberhentikan mana-mana pengguna yang tidak dibenarkan daripada melakukan caj penipuan.  Adalah sentiasa baik untuk menyimpan satu senarai nombor akaun kad-kad kredit anda dan nombor perkhidmatan pelanggan mereka di satu tempat yang selamat (bukan dompet anda) sekiranya kad-kad anda hilang atau dicuri.
Q: Adakah saya bertanggungjawab untuk transaksi yang tidak diluluskan atau pengeluaran selepas kad saya dicuri atau hilang?
A: Anda tidak akan bertanggungjawab untuk transaksi itu yang berlaku selepas anda melaporkan kerugian atau pencurian pengeluar kad kredit anda.  Walau bagaimanapun, anda mungkin bertanggungjawab sehingga satu amaun tertentu jika terdapat penggunaan yang tidak diluluskan sebelum laporan dibuat.  Anda akan perlu menyemak ini dengan pengeluar kad kredit.
Q: Bagaimana saya meminta peningkatan dalam had kredit saya?
A: Kebanyakan pengeluar kad kredit kini boleh meluluskan peningkatan dalam had kredit melalui telefon.  Anda mungkin juga hendak memohon secara bertulis.  Kerapkali, jika anda telah mendemonstrasikan kebolehan menggunakan kad anda dengan bertanggungjawab, pengeluar kad kredit anda mungkin secara automatik menawarkan peningkatan untuk anda.
Q: Saya berfikir bahawa terdapat satu kesalahan dalam penyata kad kredit saya.  Apakah harus saya buat?
A: Sekiranya anda mendapati satu kesalahan dalam penyata kad kredit, segera hubungi institusi kewangan yang mengeluarkan kad itu untuk mempertikaikan caj itu.
Q: Saya tidak puas hati dengan mutu benda yang dibeli dengan menggunakan kad kredit saya dan saudagar itu tidak akan memberikan bayaran ganti kepada saya.  Saya masih belum membayar bil.  Apakah yang saya harus lakukan kemudian?
A: Hubungi pengeluar kad kredit anda secara bertulis untuk memberitahunya tentang percubaan anda untuk menyelesaikan pertikaian anda dengan saudagar itu.  Institusi-institusi kewangan mungkin mempunyai dasar-dasar yang berbeza.  Dalam kebanyakan kes, pengeluar kad anda mungkin terlibat dalam proses pertikaian dan membantu anda menyelesaikan isu itu.  Salah satu daripada banyak perlindungan yang diberikan kepada anda sebagai pemegang kad kredit ialah perlindungan terhadap pembelian yang “bukan seperti yang diterangkan”, yang tidak dihantar atau rosak dalam sesuatu cara.
Q: Adakah saudagar-saudagar dibenarkan menetapkan amaun transaksi minimum atau maksimum untuk kad-kad pembayaran?  Adakah mereka dibenarkan untuk mengecaj saya lebih untuk menggunakan kad kredit atau kad debit saya atau memberikan diskaun jika saya membayar dengan wang tunai?
A: Tidak.  Saudagar-saudagar tidak dibenarkan menetapkan amaun transaksi minimum atau maksimum atau mengenakan surcaj untuk kad-kad pembayaran kecuali undang-undang tempatan secara nyata menghendaki sesuatu saudagar dibenarkan mengenakan surcaj.  Ini adalah bertentangan dengan dasar syarikat-syarikat kad antarabangsa.  Jika anda menghadapi sesuatu saudagar yang mengenakan satu minimum atau surcaj atau memberikan diskaun tunai, anda boleh melaporkan ini kepada pengeluar kad kredit anda yang mungkin memilih untuk melaporkan saudagar itu kepada bank pengambilalihannya.
Q: Saya sedang mempunyai masalah menguruskan hutang.  Apakah harus saya buat?
A: Jika anda mendapati anda mempunyai masalah menguruskan hutang, perkara pertama yang anda harus buat ialah meninjau pendapatan anda berbanding dengan perbelanjaan anda untuk melihat di mana terdapat kelemahan dalam perbelanjaan anda.  Membelanja mengikut kemampuan anda bukan sentiasa mudah.  Bercakap dengan pemiutang anda.  Kebanyakan boleh menawarkan nasihat dan bantuan dan juga bahan-bahan pengurusan wang.
Q: Saya mempunyai baki untuk kad-kad kredit saya.  Adakah tarikh saya membuat bayaran mempengaruhi berapa banyak saya membayar untuk caj kewangan?
A: Ini berubah dari bank ke bank, tetapi pada amnya, kebanyakan institusi kewangan menetapkan dasar-dasar kadar faedah dan pembilan yang mereka hendak memberitahu anda apabila kad itu dikeluarkan.  Jika anda mempunyai soalan, anda harus menghubungi wakil-wakil perkhidmatan pelanggan bank pengeluar anda untuk bantuan.
Q: Bolehkah saya menggunakan kad kredit saya di sesuatu ATM untuk mengakses akaun bank saya atau untuk mendapat pendahuluan tunai?
A: Satu kad debit membenarkan anda untuk mengakses wang di akaun semasa atau simpanan anda, yang dinamakan akaun deposit oleh industri perbankan, sama ada melalui pengeluaran tunai ATM atau pembelian tempat jual di tempat saudagar itu.  Satu kad kredit memberikan anda satu kemudahan kredit – satu pinjaman yang langsung berasingan dengan akaun deposit anda.  Satu kad kredit dengan PIN boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai daripada ATM.  Pinjaman-pinjaman ini dinamakan pendahuluan tunai.  Sedarilah bahawa apabila anda mengambil pendahuluan tunai daripada kad kredit anda, biasanya satu fi dikenakan.  Baki daripada pendahuluan tunai mungkin juga dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi dan kadang-kadang tidak diberikan tempoh tangguh untuk faedah yang terakru.  Semak dengan bank pengeluar anda untuk perkara-perkara yang tertentu.
Q: Apakah terjadi jika saya cuba membeli dengan kad kredit saya yang akan melebihi had kredit saya?  Adakah saya akan dikenakan satu fi penalti?
A: Tiap-tiap dasar bank adalah berbeza.  Untuk maklumat mengenai struktur fi dan fi penalti, hubungilah pengeluar kad anda secara langsung.
Q: Apakah itu kad debit?
A: Kad debit merupakan satu alat “bayar sekarang”.  Apabila digunakan, wang daripada akaun semasa atau simpanan anda dipindah secara elektronik ke akaun saudagar yang mana anda membuat pembelian.
Q: Bagaimana saya mendapat kad debit?
A: Oleh kerana kad-kad debit dikaitkan kepada akaun-akaun semasa atau simpanan anda, anda harus menyemak dengan institusi kewangan yang mana akaun-akaun itu berada untuk mengetahui sama ada ia menawarkan pilihan kad debit dan apakah keperluan-keperluan kelayakan.  Kad-kad debit merupakan alternatif kepada tunai dan cek yang mudah, selamat dan sangat luas diterima.
Balik ke Atas
Pautan-pautan yang Berkaitan
Untuk pautan yang berkaitan dan bahan bacaan tambahan, pilihkan negara atau kawasan kediaman anda di bawah:
Berhubung dengan Visa
Alat-alat Kewangan
Kuiz-kuiz
Sumber-sumber
  Pendidikan
Perundangan  |   Kebersendirian  |   Visa Asia Pasifik  |  English