Akaun
Wang yang dideposit dengan sebuah institusi kewangan untuk tujuan pelaburan dan/atau tujuan simpan selamat.
 
Akaun Bersama
Satu akaun simpanan atau semasa yang dibuka atas nama lebih daripada satu orang, contohnya, ibu bapa/anak, isteri/suami.
 
Akaun Semasa atau Cek
Sejenis akaun di mana pengguna menyimpan wang tunai atau membuat deposit, di mana pemegang boleh menulis cek.  Kadangkala fi dicajkan jika keperluan minimum tidak dipenuhi.
 
Akaun Simpanan
Satu akaun yang mengakru faedah sebagai pertukaran untuk penggunaan wang yang didepositkan.  Pendeposit biasanya dibenarkan melakukan deposit dan pengeluaran tunai untuk bilangan kali yang tidak terhad.
 
Aset
Barang yang mempunyai nilai wang (iaitu rumah, tanah, motokar) yang dimiliki oleh seseorang individu atau sebuah syarikat.
 
Baki
Satu amaun wang yang belum dijelaskan.  Dalam bidang perbankan, baki merujuk kepada amaun wang dalam satu akaun tertentu.  Dalam istilah kredit, baki merujuk kepada amaun yang dihutang.
 
Baki Harian Purata
Institusi kewangan menyukat dan mengkomputasi berapa yang anda hutang dalam satu hari kitaran pembilan anda, dan menggunakan amaun purata untuk mengira berapa banyak faedah yang anda hutang untuk bulan ini.  Institusi kewangan yang lain menggunakan cara yang berbeza untuk melakukan ini.
 
Bayaran Automatik
Syarikat utiliti, bayaran pinjaman, dan perniagaan lain boleh menggunakan satu sistem bayaran automatik dengan bil-bil dibayar melalui pengeluaran langsung daripada akaun bank.
 
Bayaran Minimum
Amaun Ringgit minimum yang mesti dibayar setiap bulan, biasanya 2 hingga 3 peratus daripada amaun yang dihutang, berdasarkan baki harian purata.
 
Biro Kredit
Satu agensi pelaporan kredit yang menyemak maklumat kredit dan menyimpan fail mengenai orang yang memohon dan menggunakan kredit.
 
Buku Simpanan
Satu buku kecil yang diberi oleh institusi kewangan kepada pendeposit untuk merekodkan deposit, pengeluaran, dan faedah yang diperoleh daripada akaun simpanan.
 
Cagaran
Apa-apa yang diterima oleh institusi kewangan sebagai sekuriti terhadap kemungkinan penghutang tidak membayar balik pinjaman.  Sekiranya penghutang gagal membayar balik pinjaman, institusi kewangan tersebut dibenarkan mengambil cagaran.  Cagaran biasanya wujud dalam bentuk estet nyata (seperti sebuah rumah) atau harta (seperti sebuah kereta).
 
Caj Kewangan
Istilah ini meliputi jumlah kos kredit.  Ini termasuklah faedah, dan semua caj yang lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan pengeluar sebagai satu syarat kredit.  Caj-caj mungkin termasuk fi perkhidmatan, fi lewat, fi transaksi dan caj-caj yang lain.
 
Caj Perkhidmatan
Satu fi bulanan yang dicajkan oleh institusi kewangan kerana mengendalikan satu akaun semasa atau cek.
 
Cek
Satu dokumen bertulis yang mengarahkan institusi kewangan membayar wang daripada akaun penulis cek.
 
Cek Lambung
Sekeping cek “lambung” merupakan sejenis cek yang enggan ditunaikan atau dibayar oleh institusi kewangan.  Ia mungkin disebabkan akaun telah ditutup, ataupun dana tidak mencukupi untuk menampung amaun yang tertulis dalam cek.
 
Debit
Satu istilah simpanan kira yang bermaksud sejumlah wang yang dihutang oleh seseorang individu atau institusi, satu caj yang ditolak daripada satu akaun.
 
Deposit Langsung
Pendapatan (atau pembayaran kerajaan) yang didepositkan ke dalam akaun secara automatik dan elektronik, dengan ini menjimatkan masa, usaha dan wang.
 
Faedah
Fi yang dibayar untuk penggunaan wang.  Faedah mungkin dibayar, misalnya, oleh seseorang individu kepada sebuah institusi kewangan untuk penggunaan kad kredit, atau oleh satu institusi kewangan kepada seseorang individu kerana memegang satu akaun simpanan.  Faedah diungkapkan dalam sebutan kadar peratusan tahunan (APR).
 
Faedah Kompaun
Faedah yang dikira bukan sahaja atas amaun pokok asal tetapi juga atas faedah yang telah terakru.
 
Fi Tahunan
Kos yang perlu ditanggung sekali dalam setahun kerana memiliki kad kredit.  Sesetengah penyedia kad kredit yang menawarkan kad tanpa fi tahunan.  Fi tahunan, dengan faedah dan fi-fi yang lain merupakan sebahagian daripada jumlah kos kredit.

Balik ke Atas