|
Gadai janji Satu pinjaman jangka masa panjang yang diperolehi individu untuk membeli rumah yang memindahkan hak milik secara sah daripada penghutang kepada pemiutang sehingga hutang dijelaskan. Ganjaran Sesetengah kad kredit menawarkan kilometer terbang, petrol percuma, atau ganjaran lain sebagaimana mereka digunakan. Mereka juga digelar program loyalti. Had Kredit Amaun ringgit maksimum yang boleh dicajkan pada satu akaun kad yang spesifik. Institusi Kewangan Satu pertubuhan di mana anda boleh deposit, pinjam atau menukarkan wang. Jadual Pembayaran Kad kredit sentiasa mempunyai pilihan antara bayaran separa dengan hutang minimum, ataupun bayaran penuh, di mana baki penuh dijangka. Jalur Magnet Jalur hitam atas kad kredit, debit atau ATM. Ia mengandungi, dalam kod komputer, maklumat akaun yang asas seperti nama pemegang dan nombor akaun. Jelas Sekeping cek “dijelaskan” apabila amaunnya didebitkan (ditolak) daripada akaun pembayar dan dikreditkan (ditambah) kepada akaun penerima. Kad Pembelian Satu kad kredit yang digunakan oleh syarikat untuk membuat pembelian nilai sederhana hingga rendah. Ia membatalkan keperluan melakukan pesanan pembelian. Pesanan dibuat secara langsung kepada pembekal yang menyertai dan dicajkan kepada kad pembelian. Kad Prabayar Sekeping kad yang menyimpan satu nilai Ringgit. Kad itu boleh digunakan untuk pembelian atau melakukan pengeluaran tunai di ATM sehingga amaun Ringgit yang disimpan sebelum ia dibuang atau dimuatkan semula. Kadar Berkala Satu kadar faedah yang berubah-ubah yang boleh meningkat atau berkurang semasa setiap suku kalendar dan menjejaskan kedua-dua caj kewangan dan bayaran minimum yang cukup tempoh atas kad kredit. Kadar berubah-ubah Satu kadar faedah yang berubah secara berkala. Kadar Faedah Peratus, seunit masa, daripada jumlah yang dipinjam yang dicajkan oleh sebuah bank atau institusi kewangan kerana penggunaan wang mereka. Faedah kad kredit boleh dikomputasi mengikut tahun, bulan atau hari. Kadar Pengenalan Sesetengah kad kredit mungkin menggunakan kadar pengenalan sebagai tawaran promosi yang istimewa. Selepas satu tempoh masa, kadar itu biasanya kembali kepada kadar standard. Kadar Tetap Satu kadar faedah yang tidak berubah. APR (kadar peratusan tahunan) lazimnya ialah kadar yang tetap. Kad Afiniti Satu kad kredit yang berkaitan dengan suatu pihak ketiga yang memperoleh satu manfaat nilai ditambah daripada setiap transaksi. Contohnya, satu persatuan alumni atau muzium mungkin akan diberi satu peratusan semua transaksi yang dicajkan kepada kad kredit afiniti ahli-ahli organisasi itu. Kadar Peratusan Tahunan (APR) Caj faedah tahunan yang berhubung dengan baki kad kredit. Ia merupakan satu bahagian daripada jumlah kos kredit. Kad Bank Sekeping kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan. Kad Debit Sejenis kad yang ditambah dengan ciri-ciri ATM dan di tempat jualan yang boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan secara elektronik. Kad itu menggantikan wang tunai atau cek. Transaksi ditolak daripada akaun simpanan atau akaun semasa/cek pemegang kad secara langsung. Bergantung kepada jenis kad, satu kad debit mungkin memerlukan satu tandatangan atau kemasukan satu nombor PIN ke dalam peralatan yang khusus. Kad Perniagaan Satu kad kredit untuk pemilik perniagaan kecil. Perbelanjaan perniagaan dicajkan kepada kad ini untuk memudahkan simpan kira dan penyediaan cukai. Kad Caj Sekeping kad plastik yang memberi laluan kepada satu kemudahan kredit yang lazimnya tiada had. Kad caj mesti dibayar dengan penuh pada hujung setiap kitaran pembilan. Kad Cip/Kad Bijak Sekeping kad yang dikeluarkan oleh institusi kewangan dengan satu cip elektronik yang terbenam dalamnya yang boleh dimuatkan dengan program berganda seperti fungsi kad kredit atau debit dan program pembeli kerap atau ganjaran. Kad Kredit Sekeping kad plastik yang memberi laluan kepada satu kemudahan kredit. Berapa banyak yang boleh dicaj oleh pengguna adalah dihadkan, tetapi mereka tidak perlu membayar balik amaun penuh setiap bulan. Sebaliknya baki itu “berpusing” atau mengakru faedah dengan bayaran yang minimum. Kad Jenama Bersama Sekeping kad kredit yang dikaitkan dengan satu pihak ketiga – seorang peruncit atau syarikat penerbangan, contohnya, yang menawarkan rebet, diskaun atau faedah nilai tambah yang lain kepada pengguna, berdasarkan nilai ringgit pembelian yang dicajkan dalam bingkai masa yang tertentu. Kaedah Mengkomputasi Faedah Cara faedah dikira atas baki kad kredit. Ia boleh dicajkan mengikut hari atau bulan dan termasuk faedah atas baki yang tidak dibayar. Kemudahan Kredit Satu amaun kredit yang disahkan yang diberi kepada seseorang individu, perniagaan atau institusi. Kebankrapan Satu deklarasi sah ketaksolvenan. Ia boleh menghentikan aktiviti penutupan gadai janji, penarikan balik, garnisan dan pengumpulan hutang. Sementara kebankrapan tidak akan membersihkan rekod kredit yang buruk, malah ia akan menjadi sebahagian daripada rekod kredit untuk beberapa tahun, bergantung kepada undang-undang kebankrapan sesebuah negara. Ia biasanya tidak akan menghapuskan sokongan kanak-kanak, alimoni, denda, cukai dan sesetengah kewajipan pinjaman pelajar. Kredit Dalam bidang perniagaan, pembelian atau peminjaman dengan janji untuk bayar balik pada tarikh yang lebih lewat. Dalam sebarang pengaturan kredit, terdapat seorang pemiutang (orang, institusi kewangan, stor, atau syarikat dihutangi wang). Dalam simpan kira, satu jumlah wang yang dihutang kepada seseorang individu atau institusi. Laporan Kredit Satu laporan tentang tahap keterhutangan pengguna dan kelakuan pembayaran bil. Maklumat untuk laporan dihantar kepada agensi pelaporan kredit (atau biro kredit) daripada pemiutang seseorang individu. Agensi yang mengumpulkan laporan dan mengagihkannya kepada peminjam dan orang lain dengan kebenaran pengguna. Liabiliti Dalam istilah kewangan, wang yang dihutang kepada individu, perniagaan atau institusi. Mata Wang Wang – sesuatu yang digunakan sebagai medium pertukaran yang biasa. Secara amalan, mata wang bermakna tunai, khususnya wang kertas. Jurubank sentiasa menggunakan frasa “syiling dan mata wang” untuk merujuk kepada sen dan dolar ataupun sen dan Ringgit. Menghentikan Bayaran Satu permintaan yang dilakukan kepada institusi kewangan supaya tidak membayar satu cek yang spesifik. Jika diminta seawal boleh, cek itu tidak akan didebitkan daripada akaun pembayar. Biasanya wujud caj untuk perkhidmatan ini. Membiayai Semula Untuk mengubah semula satu persetujuan pinjaman untuk menjadikan syarat-syarat bayaran lebih sesuai kepada pendapatan kini dan kebolehan membayar balik peminjam. Pembiayaan semula biasanya memberi kadar faedah yang lebih rendah dan bayaran bulanan yang lebih rendah. Mesin Teler Automatik (ATM) Sebuah mesin yang memproses pengeluaran dan deposit akaun semasa dan simpanan, pendahuluan tunai kad kredit dan beberapa jenis bayaran (bil utiliti, contohnya). Akaun dilalui dengan menggunakan ATM, kad kredit atau debit. Modal Satu stok kekayaan yang dikumpulkan atau sedia ada untuk menjana kekayaan yang lebih banyak. Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Satu nombor yang eksklusif yang diberi oleh bank kepada ATM atau pemegang kad kreditnya yang dimasukkan ke dalam ATM untuk mengeluarkan wang tunai atau dimasukkan dalam terminal saudagar untuk pembelian di tempat jualan. Overdraf Satu cek yang ditulis untuk lebih banyak wang daripada wang yang kini berada dalam akaun. Sekiranya institusi kewangan enggan menunaikan cek itu, cek itu dikatakan telah “lambung”. |
|