Pemindahan Baki
Membenarkan anda mengambil baki daripada satu kad kredit dan membayar baki satu kad yang lain, sebaik-baiknya dengan kos yang lebih rendah.

Penarafan Kredit
Penilaian sesebuah institusi kewangan sama ada seseorang sesuai untuk menerima kredit.  Penarafan kredit biasanya berdasarkan kepada perwatakan individu, kemampuan untuk membayar balik dan modal.

Perbankan Siber
Perbankan melalui perkhidmatan Internet dalam talian. Institusi kewangan yang mempunyai cawangan “siber” laman web membenarkan pelanggan menyemak baki, membayar bil, memindah dana, membandingkan rancangan simpanan, dan memohon pinjaman melalui Internet.

Pendeposit
Seseorang individu atau syarikat yang menyimpan wang dalam satu akaun.

Pencurian Identiti
Sejenis penipuan di mana maklumat kewangan pengguna diperoleh secara tidak sah untuk tujuan melakukan pembelian dan transaksi yang tidak sah dengan kad kredit mereka, atau mengeluarkan dana daripada akaun semasa atau simpanan mereka.

Penerima
Seorang individu atau sebuah syarikat di mana cek ditulis kepada; seorang individu atau sebuah syarikat yang menerima wang sebagai bayaran.

Pembayar
Seseorang individu atau sebuah syarikat yang menulis cek; seorang individu atau sebuah syarikat yang memberi wang sebagai bayaran.

Pengeluaran Tunai
Satu amaun wang yang dikeluarkan daripada satu akaun.

Pokok
Amaun asal wang yang dipinjam, didepositkan, atau dilabur sebelum faedah berakru.

Slip Deposit
Satu slip terbutir yang menunjukkan amaun tepat kertas wang, syiling, dan cek yang didepositkan ke dalam satu akaun yang khusus.

Syarat-syarat
Tempoh masa dan kadar faedah yang diaturkan antara pemiutang dan penghutang untuk membayar balik pinjaman.

Tempoh Tangguh
Tempoh sebelum faedah mula terakru atas pembelian yang baru.

Transaksi di tempat jualan
Penerimaan ATM/kad debit atau kredit di stor runcit dan restoran untuk pembayaran barang dan perkhidmatan.

Tunai
Wang dalam bentuk kertas dan syiling. Dalam perbankan, kelakuan membayar cek – “untuk menunaikan cek”

Wang
Sebarang benda yang diikitiraf secara umum sebagai medium pertukaran.

Wang Tunai Elektronik
Syarikat-syarikat sedang memperkembangkan replika-replika elektronik untuk semua sistem pembayaran yang wujud – wang tunai, cek, kad kredit, kad debit dan syiling.

Balik ke Atas