Apakah Kad Bijak?
Satu Kad Bijak ialah satu kad pembayaran yang dibenamkan dengan cip komputer, menjadikannya berfungsi seperti komputer mini dalam kad.  Ingatan dan kuasa pengkomputeran cip dalam kad boleh menukarkan bayaran dalam banyak cara. Cip itu, satu rombakan teknologi yang tulen, menyimpan sekurang-kurangnya 80 kali lebih banyak data daripada jalur magnet pada kad kredit yang wujud.

Tidak seperti jalur magnet, cip itu boleh memproses data dan juga menyimpannya, dan disebabkan setiap program dalam cip berjalan atas perisian yang tersendiri, beberapa program yang berbeza boleh beroperasi atas kad yang sama pada masa yang sama.

Satu bonus tambahan: kad bijak ialah kaedah pembayaran yang lebih selamat yang melindungi maklumat akaun pemegang kad daripada penggunaan untuk tujuan penipuan.

Balik ke Atas | Next (Apakah yang boleh dilakukan oleh Kad Bijak? )