Apakah yang boleh dilakukan oleh Kad Bijak?
Kad bijak merupakan alat bayaran yang serba boleh yang boleh menawarkan nilai yang tinggi kepada pemegang kad.  Ia menawarkan tahap sekuriti yang paling tinggi setakat ini untuk kad pembayaran.  Tambahan pula, ia boleh melakukan aplikasi berganda yang meliputi debit, kredit dan mata loyalti.

Di banyak negara, termasuk Malaysia, kerajaan dan banyak perniagaan swasta juga sedang bermula menggunakan kad bijak dalam pelbagai aplikasi, seperti kad pengenalan nasional (MyKad), kad transit (Touch ‘n Go), kad loyalti dan sebagainya.

Kad bijak boleh bertindak sebagai kad kredit, kad debit, kad keahlian dan kad pembeli kerap pada masa depan.  Apabila ini berlaku, anda boleh menjaga semua perniagaan peribadi atau syarikat, walaupun sedang melancong antara negara, dengan kemudahan satu kad sahaja.

Kad bijak juga boleh menyimpan dan menukarkan maklumat pengesahan pemegang akaun melalui internet untuk perdagangan yang selamat dan mobil.  Transaksi yang pertama melalui internet dengan menggunakan kad bijak berlaku pada tahun 1997.  Sejak itu, teknologi telah diuji dengan kerap dan diperbaiki supaya pemegang kad boleh meluaskan penggunaan kad bijak dalam dunia maya.

Sedikit contoh kad bijak di Malaysia ialah:

KP Nasional.  Malaysia telah membawa kad bijak ke tahap yang lebih tinggi dengan menjadi antara yang pertama di dunia yang memperkenalkan MyKad, satu kad identiti bijak pelbagai aplikasi juga dikenali sebagai kad serbaguna Kerajaan.  “My” mewakili kedua-dua Malaysia dan pemilikan sendiri untuk “Kad akuan diri” (kad pengenalan peribadi).

Ia menggantikan kad pengenalan nasional yang dikeluarkan kepada tiap-tiap rakyat Malaysia di atas umur 12, dan mengandungi beberapa aplikasi semuanya disimpan dalam mikrocip seperti nama, alamat, nombor KP, cap ibu jari digital, gambar, butir-butir lesen memandu, maklumat perubatan dan data pasport anda.

Ia juga bertindak sebagai dompet elektronik dengan Tunai MEPS, satu kad tol dengan Touch ‘n Go, satu kad ATM dan mengandungi apa yang dikenali sebagai Infrastruktur Penting Awam (IPA) yang menggabungkan satu sijil digital dan teknik pengesahan untuk membolehkan pengguna melakukan transaksi Internet yang terjamin.

MyKad ditawarkan percuma kepada rakyat Malaysia hingga 31 Disember 2005 selepas itu mereka akan terpaksa membayar fi sebanyak RM20.

Kad Tol.  Terdapat beberapa lebuh raya bertol di Malysia yang menggunakan kad tol atau “teg” yang berbeza.  Walau bagaimanapun, Kerajaan sedang dalam proses memastikan bahawa semua lebuh raya bertol di seluruh negara menerima kad pembayaran elektronik Touch ‘n Go.

Ia merupakan satu kad bijak yang mengandungi wang tunai elektronik dan pengguna hanya perlu menyentuh kad di pondok tol, bas dan stesen LRT yang ditentukan dan tambang ditolak secara elektronik.  Ia juga boleh digunakan untuk membayar untuk meletak kereta di kompleks membeli-belah dan hotel serta juga tempat kemasukan ke sesetengah tempat pelancongan.

Kad itu kini boleh didapati dengan kemudahan diisikan semula secara automatik digabungkan dengan kad kredit yang dikeluarkan oleh beberapa bank.  Anda juga boleh mengisi semula kad dan semak baki anda di beberapa ATM, stor 7-Eleven, stesen petrol, kompleks membeli-belah, stesen LRT dan cawangan McDonald’s.

MEPS.  Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk mempelopori e-dagang dan pelancaran strategik perkhidmatan pembayaran elektronik untuk industri kewangan dan diamanahkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menguruskan sistem pembayaran antara bank yang terjamin.

MEPS baru-baru ini mendirikan satu cara pembayaran Internet nasional, PPK (Pertukaran Proses Kewangan), untuk memudahkan transaksi e-dagang yang terjamin bagi pembayaran B2B dan B2C atas platform pelbagai bank.

Tidak lama lagi, PPK juga akan menyokong pembersihan untuk pembayaran merentasi sempadan dengan hab di negara-negara lain.  Enam institusi kewangan kini sedang menyertai satu projek PPK, awal daripada satu projek komersial dalam suku keempat.

Sebaik saja projek PPK dilancarkan sepenuhnya, ia akan membolehkan transaksi hujung-ke-hujung di antara pembeli dan penjual, dan mengendalikan pembayaran e-Dagang dalam talian, sementara memberikan rekod pembayaran terperinci dan memudahkan proses penyesuaian sebagai cara menggalakkan transaksi elektronik.

MEPS telah mendirikan dengan baik beberapa sistem dan kad untuk berbagai perkhidmatan pembayaran elektronik di Malaysia.

Wang tunai MEPS.  Ini ialah satu e-dompet negara dengan sistem aplikasi pembayaran nilai kewangan yang disimpan.  Ia merupakan satu sistem pembayaran elektronik alternatif kepada penggunaan wang tunai untuk pembayaran runcit.

Ia membenarkan anda memuatkan tunai ke cip Kad Bank anda dan menggunakannya untuk pembelian runcit di stor serbaneka, pasar raya, restoran, dan banyak kedai lain di mana ada logo Kad Bank.

Kebanyakan mesin ATM bank peserta dan terminal di kedai runcit telah dinaiktarafkan untuk memudahkan transaksi Wang Tunai MEPS.  Ia adalah cara yang mudah untuk membuat pembelian harian dan menyingkirkan kesukaran membawa banyak wang tunai.

e-Debit Antara Bank MEPS.  Ini merupakan perkhidmatan di mana pengguna membayar pembelian mereka dengan menggunakan Kad Bank dan PIN mereka.  Pindahan dana elektronik di tempat jualan merupakan satu lagi usaha untuk berhijrah ke masyarakat tanpa tunai.

MEPS membekalkan sistem pengalihan pusat untuk menyokong transaksi e-Debit antara bank di antara institusi kewangan peserta yang mengeluarkan dan yang mengambil alih, sementara institusi kewangan peserta akan mengambil alih saudagar dan membina infrastruktur di seluruh negara.

e-Debit adalah unggul untuk pembayaran di kedai runcit seperti pasar raya, stor serbaneka, stor konveniens dan stesen petrol serta juga untuk membayar bil utiliti melalui gerai pembayaran.

Giro Antara Bank MEPS.  Ini ialah satu sistem pembayaran pindahan dana elektronik yang membenarkan pindahan dari satu akaun bank ke yang lain walaupun ia adalah bank lain.  Ia digunakan untuk amaun yang lebih kecil yang kurang daripada RM50,000 satu transaksi.

Anda boleh mendebitkan satu akaun bank dan menkreditkan yang lain tanpa menggunakan cek.  Ini akan mengurangkan masa menkreditkan amaun itu ke akaun anda, terutamanya jika ia adalah akaun luar negeri.

Berikutan pengenalannya, bilangan cek yang diproseskan melalui pusat penjelasan cek telah menunjukkan arah aliran yang menurun dalam kedua-dua bilangan dan nilai.

Sejak pengenalannya, bilangan pembayaran Giro antara bank telah meningkat beberapa kali.  Ia boleh digunakan oleh semua pelanggan bank bagi sepuluh kumpulan perbankan dan satu fi nominal sebanyak RM2 dicajkan untuk tiap-tiap transaksi.

Kad Bank.  Kad Bank ialah satu kad yang berasaskan cip yang menggantikan kad ATM lama di negara ini.  Selaras dengan usaha nasional ke arah penghijrahan cip, mulai Oktober 2003 semua mesin ATM hanya menerima Kad Bank.

Ia mempunyai tiga fungsi.  Fungsi utama ialah pengeluaran tunai daripada mana-mana ATM yang mempamerkan logo Kad Bank.  Kedua, ia boleh digunakan untuk membuat pembelian di mana-mana saudagar peserta e-debit di mana amaun transaksi akan didebitkan secara langsung dari akaun anda.

Apa yang perlu anda buat ialah mengemukakan Kad Bank anda, tanyakan kemudahan e-debit dan tekan PIN anda di mesin.  Akhirnya, anda boleh muatkan nilai kewangan ke dalam cip Kad Bank anda.  Ini membenarkan anda membuat pembelian tanpa sebarang tandatangan atau menggunakan sebarang nombor pengenalan peribadi.  Beritahu peruncit tentang niat anda menggunakan Tunai MEPS.

Balik ke Atas | Next (Di manakah Kad Bijak Didapati?)