Adakah Kad Bijak dalam Masa Depan Anda?
Syarikat-syarikat kad percaya bahawa setiap kad pembayaran di dunia ini akan membawa satu cip pada akhirnya. Sementara kos untuk mengimplementasi kad bijak terus berkurang, kebanyakan kad pembayaran akan menjadi kad bijak dalam masa beberapa tahun di Asia Pasifik. Di Malaysia, hanya kad ATM berdasarkan cip diterima manakala semua kad kredit berjalur magnet mesti ditukarkan kepada kad berdasarkan cip menjelang akhir tahun 2004.
Penyelidikan pelanggan mendedahkan bahawa hampir 80 peratus pelanggan yang dikaji mempercayai bahawa kad bijak akan menjadi bahagian yang penting dalam kehidupan harian mereka. Lebih daripada tiga perempat pelanggan yang dikaji kata mereka tertarik kepada kad bijak yang menggabungkan fungsi bayaran dan menyimpan data peribadi pada kad yang sama. Kad bijak juga mempunyai potensi untuk menjadi kad gaya hidup, menyimpan banyak aplikasi yang dipilih oleh pemegang kad.
Kad bijak masa depan akan berfungsi bukan sahaja sebagai kad pembayaran, tetapi juga mungkin mengesan status keahlian penerbang kerap dan program nilai ditambah yang lain. Penaiktarafan kereta sewa dan bonus bilik percuma, contohnya ialah ganjaran untuk langganan setia. Pengguna kad bijak tidak perlu menunjukkan kad ‘tetamu kerap’ di meja depan hotel kerana cip mikroprocessor yang kecil yang dibenamkan dalam kad bijaknya menyediakan rekod tepat-minit mengenai statusnya dalam kelab ganjaran itu.
Apabila ini berlaku, anda mungkin membawa lebih kurang kad, tetapi mempunyai laluan yang lebih mudah dan cepat kepada maklumat yang banyak.