EMV
EMV mewakili Europay-MasterCard-Visa – satu kumpulan kerja industri bersama yang dihasilkan untuk memudahkan pengenalan teknologi cip ke dalam persekitaran sistem pembayaran antarabangsa dengan membangunkan bersama spesifikasi untuk kad cip dan terminal untuk sistem pembayaran.
Bank telah diinasihatkan untuk berhijrah dari sistem kad jalur magnet kini ke sistem cip – berasaskan standard EMV untuk menangani kejadian penipuan kad yang makin meningkat. EMV bertindak sebagai rangka global untuk kad cip dan pembuat terminal di seluruh dunia..
Melaksanakan EMV akan memastikan keadaan saling operasi dan pengurangan penipuan di kedua-dua tahap domestik dan antarabangsa. Ini juga adalah sejajar dengan arah aliran nasional Malaysia bagi penghijrahan cip di negara ini.
Sokongan kerajaan yang bertambah untuk aplikasi kad bijak, kesedaran yang meningkat tentang kad bijak sebagai alat pencegahan penipuan yang berkesan, dan permintaan untuk, kad bijak pelbagai aplikasi ialah penggerak utama untuk pelaksanaan kad bijak di Malaysia.
Kad ATM merupakan yang pertama ditukarkan kepada kad cip sejajar dengan usaha penghijrahan cip nasional. Mulai Oktober 2003, semua mesin ATM hanya menerima Kad Bank berasaskan cip yang mana sesetengah bank mengenakan fi tahunan sebanyak RM8.
Tarikh akhir untuk menukarkan semua kad kredit berjalur magnet kepada kad kredit berasaskan cip ialah akhir 2004 sementara tarikh akhir untuk memastikan bahawa semua terminal pembayaran dapat membaca kad cip ialah akhir 2005.
Walau bagaimanapun, banyak bank telah mula memerkenalkan kad kredit bijak dan seterusnya melaksanakan terminal pembaca kad bijak lebih awal daripada tarikh-tarikh akhir ini. Berasaskan kepada kadar penghijrahan cip kini di negara ini, Malaysia akan menjadi salah satu negara yang paling cepat di Asia Pasifik untuk menukarkan dengan jayanya sistem kepada standard EMV.