Fahami hak-hak anda sebagai pemegang kad dengan jelas dan apa jenis perlindungan atau pengecualian liabiliti yang ditawarkan oleh bank pengeluar.
Tanyakan soalan-soalan seperti:
• Apakah prosedur untuk menambah atau mengurangkan had kredit kad saya?
• Apakah akan terjadi jika kad saya hilang atau dicuri dan transaksi tanpa kebenaran dilakukan?
• Apa jenis perlindungan yang saya miliki sekiranya barang atau perkhidmatan yang saya bayar dengan kad saya rosak?
• Adakah kad saya menawarkan perkhidmatan tambahan atau kecemasan apabila saya sedang berlancong di luar negara?
• Adakah kad saya menawarkan saya liputan insurans apabila saya berlancong?