Sebagai pengguna kad kredit yang bertanggungjawab, anda patut memahami istilah-istilah yang digunakan oleh bank pengeluar anda.
Antara istilah yang mungkin anda akan temui adalah seperti berikut:

Pelbagai Fi
Sesetengah pengeluar kad memerlukan satu fi tahunan - amaun yang perlu anda bayar untuk mendapat satu kad atau membaharuinya setiap tahun.  Beberapa bank juga mengecajkan fi untuk penghantaran permohonan, kerana lewat untuk pembayaran, kerana mengambil pendahuluan tunai, kerana melampaui had kredit, atau kerana mengekalkan baki sifar.  Bacakan penyata anda dengan teliti supaya anda mengetahui semua syarat-syarat.

Di Malaysia, julat fi tahunan untuk kad kredit biasanya berubah mengikut jenis kad yang anda miliki dan adalah lebih kurang RM60 untuk kad klasik atau perak.  RM150 untuk kad emas dan RM500 untuk kad platinum.  Banyak bank dan pengeluar kad telah mula mengecualikan fi ini untuk tahun pertama atau beberapa tahun pertama dan sesetengah mengecualikan pun fi untuk seumur hidup.

Pengecualian fi tahunan juga lazim apabila menawarkan kepada pemegang kad satu kad kredit kedua dengan percuma atau satu kad tambahan.  Fi tahunan bersama untuk memiliki dua kad kredit berbeza daripada bank yang sama biasanya adalah kira-kira RM90 untuk kad klasik atau perak dan RM200 untuk kad emas.  Ia lebih murah daripada memiliki dua kad yang berbeza daripada dua bank yang berbeza.  Fi tahunan untuk kad tambahan biasanya separuh kad prinsipal.

Had kredit untuk kad kredit adalah pada budi bicara bank dan bergantung kepada jenis kad.  Julat pembayaran minimum untuk setiap kad kredit sekali lagi berbeza dari bank ke bank.  Ia biasanya 5% daripada amaun yang belum dibayar atau RM25 jika ia adalah kad asas atau RM50 jika ia adalah kad emas atau lebih.

Caj pembayaran lewat dikenakan jika anda tidak membuat pembayaran minimum anda dalam masa yang dinyatakan dan kebanyakan caj kewangan ditambahkan untuk pembayaran lewat.  Caj pembayaran lewat biasanya 1% daripada amaun yang belum dibayar atau RM5, yang mana lebih tinggi.  Caj kewangan ke atas amaun yang belum dibayar selepas tarikh matang pembayaran adalah lebih kurang 1.5% sebulan atau 18% setahun.

Transaksi Mata Wang Asing
Sebelum anda pergi ke luar negara dan menggunakan kad anda untuk membuat pembelian dalam mata wang asing, pelajarilah caj pertukaran yang dilibatkan.

Pertukaran daripada satu mata wang kepada mata wang tempatan anda ialah perkhidmatan yang diberikan oleh persatuan kad seperti Visa kepada institusi kewangan yang merupakan ahli, setiap hari pada kadar pasaran borong tambah penilaian tambahan, dalam kes Visa, satu penilaian sebanyak satu peratus.

Bank pengeluar anda memutuskan sama ada menyerap kos pertukaran mata atau membiarkan anda menanggungnya dan ia mungkin atau tidak mungkin menambahkan kadar yang diterimanya daripada persatuan kredit.

Pengeluar kad memutuskan apa kadar pertukaran untuk dicajkan kepada anda, dan mereka cajkan kadar yang berbeza, oleh itu anda boleh berunding dengan pengeluar institusi kewangan anda untuk dasarnya tentang penetapan fi dan pergi mencari-cari untuk tawaran yang paling sesuai untuk keperluan anda.  Kadar pertukaran mata wang tertentu akan bergantung kepada tarikh saudagar menyerahkan transaksi kepada bank untuk pencacatan ke akaun anda.  Ini mungkin atau tidak mungkin sama hari dengan berlakunya transaksi runcit itu.  Pada waktu pembelian itu, bank pemegang kad, saudagar dan/atau persatuan kredit tidak tahu kadar pertukaran yang tepat yang akan digunakan sebab ia tidak akan ditetapkan sehingga transaksi itu dihantar untuk pemprosesan.

Tempoh Tangguh
Ini ialah bilangan hari yang bank anda membenarkan anda meminjam wang mereka tanpa faedah.
Tempoh tangguh berbeza, biasanya daripada dua minggu hingga 25 hari, bergantung kepada bank yang mengeluarkan kad kredit.  Tempoh ini biasanya diaplikasikan kepada pembelian baru, tetapi hanya jika tiada baki lama yang dibawa ke depan.  Selepas tempoh tangguh tamat, sekiranya anda tidak membayar baki anda dengan penuh, faedah boleh dikenakan dari tarikh pembelian.

Di Malaysia, tempoh tangguh tanpa faedah bermula dari tarikh pencacatan atau penyata sehingga tarikh matang dan biasanya lebih kurang 20 hari.  Walau bagaimanapun, tempoh tanpa faedah tidak boleh diaplikasikan untuk pendahuluan tunai atau pindahan baki.

Sesetengah kad tidak menawarkan tempoh tangguh tanpa faedah, dan anda mula dikenakan faedah dari tarikh pembelian.

Pendahuluan Tunai
Bank atau institusi kewangan pengeluar menganggap pendahuluan tunai sebagai pinjaman, tidak seperti pembelian atau barang.  Apabila anda mengambil pendahuluan tunai, faedah mula dikenakan dengan cara yang berbeza - kadangkala tanpa tempoh tangguh dan pada kadar yang lebih tinggi.  Semak dengan pengeluar kad anda untuk fi pendahuluan tunai dan faedah.  Kebanyakan bank di Malaysia membenarkan pendahuluan tunai sehingga 100% had kredit anda.  Fi yang dicajkan untuk pendahuluan tunai dengan kad kredit anda biasanya lebih kurang 3% hingga 5% daripada jumlah pendahuluan tunai yang diambil tetapi sesetengah bank mengenakan fi pendahuluan tunai minimum sebanyak RM10.  Ini adalah di samping caj kewangan bulanan sebanyak 1.5% yang dikenakan oleh bank yang biasanya bermula dari tarikh anda mengambil pendahuluan tunai.

Pengiraan Faedah
Apabila anda menggunakan kad kredit anda, bank atau institusi kewangan pengeluar benar-benar sedang memberi anda pinjaman untuk amaun pembelian anda.  Bank akan mengecaj satu fi - dipanggil faedah - kerana menggunakan wangnya.  Syarikat kad kredit membayar agen pelancongan atau stor perabot dalam beberapa hari masa transaksi, dan anda mesti membayar balik pinjaman apabila penyata bulanan anda sampai melalui pos.

Semua caj faedah biasanya boleh dielakkan dengan membayar baki dengan penuh dalam had masa yang dinyatakan dalam penyata anda.  Semak cetakan kecil juga, kerana ada bank yang mengecaj fi kerana mengekalkan satu "baki sifar" atau tiada "tempoh tangguh".

Sekiranya anda pilih untuk tidak membayar semua yang telah anda pinjam daripada bank - bank memanggil ini "memusingkan baki" - faedah akan dicaj.  Adalah nyata bahawa lebih cepat baki dibayar dengan penuh, lebih kurang faedah yang dibayar.  Pastikan anda mempelajari syarat-syarat dan dasar-dasar kad kredit anda.  Kadar faedah berbeza mengikut kad, ada yang akan caj dengan serta-merta tanpa sebarang "tempoh tangguh".  Ada yang mula mengenakan faedah dari tarikh transaksi atau tarikh transaksi diproses dalam sistem.  Ada yang akan mula mengenakan faedah dari tarikh penyata anda.
Bank-bank menggunakan pelbagai cara untuk mengira faedah, dan terpulang kepada anda untuk mempelajari bagaimana bank anda mengkomputasi caj-caj ini.  Tidak serupa pinjaman rumah atau pinjaman kereta, faedah kad kredit boleh dicajkan mengikut hari atau bulan.

Sekiranya anda tidak membayar baki dengan penuh, faedah atas amaun yang tidak dibayar, atau baki berpusing, akan ditambah kepada amaun jumlah yang anda hutang.  Apabila ini berlaku, anda sedang membayar faedah atas faedah, juga dipanggil faedah kompaun.  Sebarang pembelian baru yang anda buat akan dimasukkan dalam baki jumlah dengan serta-merta dan akan mula mengakru faedah daripada tarikh pembelian.  Sekiranya anda mempunyai baki yang besar, hanya membayar amaun yang minimum setiap bulan boleh menjadi cara yang mahal untuk menggunakan kad kredit anda.

Cuba menjangka keperluan kredit anda.  Beberapa bulan sebelum percutian atau sebelum anda berlepas untuk percutian impian anda, mula membayar baki anda dengan menghantar lebih daripada bayaran minimum.  Apabila anda mula mengecaj untuk percutian anda atau mengecaj bil anda semasa percutian, anda tidak akan melonggokkan bil yang baru atas bil yang lama, dan peluang untuk anda melampaui had kredit anda menjadi lebih tipis.

Pastikan anda mengetahui apakah APR (kadar peratusan tahunan atau kadar faedah) anda, dan sentiasa memasukkkan kos kredit dalam pembajetan atau pengurusan wang anda.