Kadar faedah kad kredit ditetapkan secara tahunan, tetapi dikira secara bulanan. Faedah untuk sesetengah kad kredit mungkin dikira secara harian dan dicajkan tiap-tiap bulan. Contohnya, katakan kad anda mempunyai APR setinggi 18%.
Sekiranya jumlah pembelian anda lebih kurang RM100, kos untuk anda akan merupakan lebih kurang tambahan faedah RM18 sekiranya anda pilih untuk memanjangkan bayaran anda dalam tahun yang penuh, dan anda tidak mengecaj pembelian tambahan atas baki anda. Sekiranya kad anda "melonggokkan" faedah itu (satu amalan mengecaj faedah atas faedah bulanan yang terakru), jumlah faedah akan menjadi beberapa Ringgit lebih daripada kadar tahunan.
Untuk mengira caj faedah bulanan anda, bank mengambil APR sebanyak 18% dan membahagikannya dengan 12 bulan untuk tahun tersebut. Ini akan mendapat 1.5% daripada baki harian purata untuk bulan tersebut.
Baki harian purata merupakan satu cara untuk menyamakan amaun yang anda hutang, yang mungkin naik turun dari hari ke hari disebabkan pembayaran dan pembelian. Pengiraan untuk menentukan baki harian purata nampaknya rumit, tetapi pengiraan itu sebenarnya sangat senang.
Sebenarnya, bank menambah semua baki dalam kad kredit anda untuk setiap hari dalam bulan, dan membahagikan jumlah dengan 30, bilangan hari dalam sebulan. Untuk satu penjelasan yang lebih lengkap tentang bagaimana baki harian purata dikira, lihatlah carta.
Kadar Tahunan = 18%
Kadar Bulanan = 1.5%
PENYATA 1
Berdasarkan satu pembelian RM100 pada hari pertama kitaran pembilan)
Baki sebelum/permulaan = RM100
Baki tertakluk kepada caj kewangan = RM0
Caj kewangan = RM0
Bayaran dibuat 25 hari dalam kitaran = RM50
Baki akhir = RM50
PENYATA 12
Baki sebelum/permulaan = RM50
Balance subject to finance charge
Baki tertakluk kepada caj kewangan (RM100 x 25 hari/30 hari = RM83.33)
RM50 x 5 hari/30 hari = RM8.33)(RM83.33 + RM8.33 = RM91.66 atau RM92) = RM92
Caj kewangan
(1.5% daripada RM92 = RM1.38) = RM1.38
Baki akhir (RM50 + RM1.38 = RM51.38) = RM51.38
Katakan anda membuat keputusan untuk membayar caj RM100 untuk pembelian anda dalam dua bayaran bulanan sebanyak RM50. Anda menerima penyata kad kredit anda dan melihat caj yang tersenarai. Kira-kira tiga minggu selepas anda menerima penyata anda, anda mengirim bayaran anda sebanyak RM50. Ia sampai di bank anda 25 hari dari permulaan kitaran kad kredit anda. Anda tidak membuat sebarang caj tambahan dan penyata kad kredit bulan depan pun sampai.
Anda melihat baki sebelum anda sebanyak RM50, satu caj faedah sebanyak RM1.38, satu baki tertakluk kepada caj kewangan sebanyak RM92, dan satu baki akhir sebanyak RM51.38. Bermakna jumlah kos pembelian pakaian itu, dengan mengandaikan anda membayar baki akhir dengan penuh, ialah RM101.38.
Tetapi bagaimanakah bank mengira faedah sebanyak RM1.38?
Jika anda telah membayar caj RM100 dengan penuh sebelum tarikh cukup tempoh dalam penyata, anda tidak perlu membayar faedah, menuaskan "tempoh tangguh" bank - secara umumnya 14 hingga 25 hari daripada tarikh pembelian. Tetapi oleh sebab anda hanya membayar RM50, faedah dikenakan daripada tarikh pembelian dengan menggunakan kaedah baki harian purata.
Maka untuk mengira purata baki harian akaun anda, bank merujuk kepada bilangan hari yang membawa baki yang diberikan.
Oleh sebab bayaran pertama anda sebanyak RM50 diterima 25 hari daripada permulaan kitaran kad kredit, anda membawa baki sebanyak RM100 untuk 25 hari (RM100 x 25 hari dibahagikan dengan 30 hari dalam bulan itu = RM83.33, baki harian purata untuk 25 hari).
Selepas pembayaran pertama anda telah diterima, anda membawa baki RM50 untuk lima hari yang tertinggal dalam bulan itu (RM50 x 5 hari dibahagikan oleh 30 hari dalam bulan itu = RM8.33, baki harian purata untuk 5 hari).
Jika anda menjumlah kedua-dua baki harian purata dari atas, anda akan mendapati bahawa baki anda akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM92. Oleh itu, 1.5% (kadar faedah bulanan) daripada RM92 ialah RM1.38, caj faedah anda.
Skim Pindahan Baki
Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan skim pindahan baki. Ini berbeza di antara kad kredit dan bank yang berbeza dan biasanya terhad kepada had kredit pemegang kad yang diluluskan.
Bank biasanya memerlukan anda mengekalkan akaun kad kredit dengan mereka bagi tempoh minimum enam bulan sebelum anda dibenarkan memindah amaun yang belum dibayar ke bank lain.
Kalau tidak, anda akan dicajkan faedah ke atas amaun yang dipindah pada kadar di antara 13% dan 15% setahun, dikira dengan asas harian.